Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor
Umum diketahui bahawa pemilikan emas merupakan penanda tahap kekayaan seseorang kerana ia merupakan barangan berharga dan harganya mampu – malahan lazimnya – naik semakin tinggi. Ia merupakan logam yang tidak mudah dihapuskan, tidak boleh dibakar, warnanya kekal walaupun terbakar dan dicairkan, ia tidak beracun dan tidak membahayakan sesiapa yang memegangnya. Ini beberapa sebab mengapa ia digunakan sebagai mata wang suatu masa dahulu dan kini masih boleh didagang untuk ditukarkan kepada wang. Oleh itu, Islam mewajibkan zakat emas dibayar oleh para pemilik berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Harta emas telah lama dikenal pasti dalam Islam sebagai harta berharga yang wajib dizakat. Dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas dan terang merujuk kepada kewajiban membayar zakat emas, iaitu seperti berikut:
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
(Surah At-Taubah; Ayat 34-35)
Sementara itu, Rasulullah SAW telah bersabda, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, yang bermaksud:
“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya.” (Sahih Muslim)
Dengan dalil-dalil ini, jelas sekali bahawa zakat emas wajib dibayar ke atas emas yang kita miliki.
Bagaimana pun, diberikan kelonggaran ke atas jumlah simpanan emas yang tidak cukup nisab, iaitu sebanyak 85 gram. Hal ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Terdapat beberapa cara kiraan yang berbeza bagi jenis-jenis simpanan atau pelaburan emas yang berbeza. Pertama sekali, merujuk kepada emas yang tidak dipakai – sama ada kerana ia dalam bentuk yang tidak boleh dipakai, atau barang perhiasan buatan emas yang tidak dipakai langsung – sekiranya cukup beratnya mengikut nisab sebanyak 85 gram, dan cukup haul iaitu selama setahun simpanan, maka wajib dikeluarkan zakat terhadapnya.
Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut. Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.
Contoh pengiraan:
Jika emas yang disimpan bernilai RM25,000 (mengikut kadar nilai semasa), maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah seperti berikut:-
RM25,000 x 2.5% = RM625
Secara umumnya, emas yang dipakai sekurang-kurangnya sekali setahun tidak dikenakan zakat jika ia tidak melebih “uruf” negeri bermastautin bagi pembayar zakat. Uruf adalah nilai pemakaian setempat yang dibenarkan. Berikut kadar uruf bagi setiap negeri bagi tahun 2022/2023:-
Bagi negeri di mana tiada uruf, ini bermakna kesemua barang kemas buatan emas perlu dizakat, tidak kira berapa beratnya.
Selain daripada barang kemas yang disimpan, jenis-jenis emas yang wajib dibayar zakat ke atasnya adalah seperti berikut:-
Jika anda mahu mengira jumlah zakat emas yang perlu dibayar, gunakan kalkulator di atas. Selamat menjalankan ibadah membayar zakat!
Copyright 2025 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my
Copyright 2025 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my