Fatwa Zakat KWSP
(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-74 telah bersidang pada Julai 2006 dan telah memutuskan bahawa:
Mengikut Mazhab Syafie, zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haul. Wang KWSP adalah harta simpanan maka zakat wajib dikenakan apabila ia dikeluarkan dan sempurna kedua-dua syarat tersebut.
Ulama berpendapat bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal sekiranya syarat harta telah mencukupi nisabnya. Sehubungan itu, muzakarah memutuskan supaya Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada November 1982 dipinda seperti berikut: Pencarum digalakkan mengeluarkan zakat sejurus mengeluarkan wang KWSP jika cukup nisab tanpa menunggu haul setahun
Jenis-jenis & Kiraan Zakat KWSP
Cara kira Zakat KWSP bergantung kepada dua situasi:
Sebelum mencapai usia 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
2.5% dari jumlah pengeluaran wang KWSP diwajibkan zakat. Jika jumlah pengeluaran dibawah nisab, hendaklah ditambah dengan pendapatan lain.
Setelah mencapai usia 55 tahun (pemilikan sempurna)
2.5% ke atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan, maka tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan buat yang masih bekerja.
Contoh:
- Nisab Tahun 2021: RM20,299.00
- En. Ali (35 tahun) mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM10k daripada Skim i-Sinar**
- Jumlah zakat yang dikenakan: RM10,000 X 2.5% = RM250.00
**Mengikut jenis-jenis pengeluaran yang diwajibkan zakat seperti Skim i-Lestari, Skim Pengeluaran Pendidikan dsb.