Kalkulator & Cara Kira Zakat Emas

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Emas

Jumlah Minima: RM10

RM

Jumlah Minima:RM10

Jumlah Maksima:RM30,000

Category:

Tunaikan Zakat Emas Anda

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Emas

Jumlah Minima: RM10

RM

Jumlah Minima:RM10

Jumlah Maksima:RM30,000

Category:

Kira & Tunaikan
Zakat Emas Selangor

Online Mudah Pantas

Rebat Cukai LHDN 100%

Tunaikan Zakat
Emas Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN

Tunaikan Zakat Emas Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN

Maklum Balas Pengguna

Kelebihan Membayar Zakat Emas

Rebat Cukai Pendapatan 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Zakat Fitrah
Rebat Cukai 100%
Zakat Pendapatan
Rebat Cukai 100%
Zakat KWSP
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas
Rebat Cukai 100%
Zakat Pelaburan
Rebat Cukai 100%
Zakat Ternakan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Perniagaan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Kripto
Rebat Cukai 100%
Zakat ASB
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas Perhiasan
Rebat Cukai 100%
Zakat Saham
Rebat Cukai 100%
Zakat Tanaman
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Simpanan
Rebat Cukai 100%
Zakat Harta
Rebat Cukai 100%
Zakat Gratuiti
Rebat Cukai 100%
Zakat Takaful
Rebat Cukai 100%
Zakat Padi
Rebat Cukai 2.5%
Qadha Zakat
Rebat Cukai 100%

Kelebihan
Membayar Zakat

Rebat Cukai
Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke
Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor

Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima

Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN

Pilih Jenis Zakat

Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima

Tauliah Pelantikan

Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor.

Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.

Laporan Aktiviti & Agihan Lembaga Zakat Selangor

Aduan & Maklum Balas

Apa Itu Zakat Emas?

Umum diketahui bahawa pemilikan emas merupakan penanda tahap kekayaan seseorang kerana ia merupakan barangan berharga dan harganya mampu – malahan lazimnya – naik semakin tinggi. Ia merupakan logam yang tidak mudah dihapuskan, tidak boleh dibakar, warnanya kekal walaupun terbakar dan dicairkan, ia tidak beracun dan tidak membahayakan sesiapa yang memegangnya. Ini beberapa sebab mengapa ia digunakan sebagai mata wang suatu masa dahulu dan kini masih boleh didagang untuk ditukarkan kepada wang. Oleh itu, Islam mewajibkan zakat emas dibayar oleh para pemilik berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Dalil Zakat Emas

Harta emas telah lama dikenal pasti dalam Islam sebagai harta berharga yang wajib dizakat. Dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas dan terang merujuk kepada kewajiban membayar zakat emas, iaitu seperti berikut:

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”

(Surah At-Taubah; Ayat 34-35)

Sementara itu, Rasulullah SAW telah bersabda, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya.” (Sahih Muslim)

Dengan dalil-dalil ini, jelas sekali bahawa zakat emas wajib dibayar ke atas emas yang kita miliki.

Bagaimana pun, diberikan kelonggaran ke atas jumlah simpanan emas yang tidak cukup nisab, iaitu sebanyak 85 gram. Hal ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Kadar & Cara Pengiraan Zakat Emas

Terdapat beberapa cara kiraan yang berbeza bagi jenis-jenis simpanan atau pelaburan emas yang berbeza. Pertama sekali, merujuk kepada emas yang tidak dipakai – sama ada kerana ia dalam bentuk yang tidak boleh dipakai, atau barang perhiasan buatan emas yang tidak dipakai langsung – sekiranya cukup beratnya mengikut nisab sebanyak 85 gram, dan cukup haul iaitu selama setahun simpanan, maka wajib dikeluarkan zakat terhadapnya. 

Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut.
Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.

Contoh pengiraan:
Jika emas yang disimpan bernilai RM25,000 (mengikut kadar nilai semasa), maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah seperti berikut:-

RM25,000 x 2.5% = RM625

Kadar Zakat Bagi Barang Perhiasan Yang Dipakai

Secara umumnya, emas yang dipakai sekurang-kurangnya sekali setahun tidak dikenakan zakat jika ia tidak melebih “uruf” negeri bermastautin bagi pembayar zakat. Uruf adalah nilai pemakaian setempat yang dibenarkan. Berikut kadar uruf bagi setiap negeri bagi tahun 2022/2023:-

  • Johor: 850 gram
  • Kedah: 170 gram
  • Kelantan: Tiada uruf
  • Kuala Lumpur dan Putrajaya: 800 gram
  • Melaka: 180 gram
  • Negeri Sembilan: 200 gram
  • Pahang: 500 gram
  • Perak: 500 gram
  • Perlis: 85 gram
  • Pulau Pinang: 165 gram
  • Sabah: 152 gram
  • Sarawak: 90 gram
  • Selangor: 800 gram
  • Terengganu: 850 gram

Bagi negeri di mana tiada uruf, ini bermakna kesemua barang kemas buatan emas perlu dizakat, tidak kira berapa beratnya.

Jenis-jenis Simpanan Emas Yang Dizakat

Selain daripada barang kemas yang disimpan, jenis-jenis emas yang wajib dibayar zakat ke atasnya adalah seperti berikut:-

  • Pelaburan emas fizikal: Biasanya emas fizikal ini berbentuk seperti syiling (namun tidak boleh diguna pakai seperti mata wang biasa), wafer, jongkong, dan juga kadang-kala ia didatangkan dalam bentuk tertentu untuk acara-acara tertentu. Jika jumlah keseluruhan simpanan emas melebihi nisab 85 gram, maka simpanan ini wajib dizakatkan.  
  • Pelaburan akaun emas: Terdapat juga simpanan atau pelaburan emas di mana jumlah dan nilainya tercatit dalam bentuk buku akaun, kenyataan akaun atau passbook. Selalunya ia melalui Akaun Simpanan Emas. Di dalam penyata akaun akan dicatatkan jumlah simpanan yang dilaburkan berdasarkan unit emas. Jika pelaburan emas ini melebihi 85 gram atau jumlah nisab sebanyak RM20,361 maka ia wajib dibayar zakat ke atasnya. Bagaimana pun, emas yang dilaburkan ini mestilah betul-betul wujud dan boleh dimiliki secara fizikal oleh pelabur jika perlu. Jika tidak, ia jatuh kepada kategori akaun emas maya atau akaun emas tanpa emas fizikal. 
  • Akaun emas tanpa fizikal: Akaun emas tanpa fizikal dianggap simpanan emas tidak patuh syarak jadi zakat dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja. Oleh itu, ia dikira sebagai zakat wang simpanan.
  • Akaun emas maya: Begitu juga bagi akaun emas maya, ia merupakan emas yang diniagakan secara bukan fizikal dan hanya “atas kertas” atau di platform elektronik sahaja. Ini bermakna pelabur boleh menjalankan aktiviti jual beli emas berdasarkan harga semasa namun emas ini tidak boleh dituntut secara fizikal walaupun pelabur merupakan “pemilik” emas ini. Oleh itu, zakat yang dibayar perlu mengikuti kadar zakat wang simpanan yang dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja. 

Jika anda mahu mengira jumlah zakat emas yang perlu dibayar, gunakan kalkulator di atas. Selamat menjalankan ibadah membayar zakat!

Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my