Tunaikan Zakat Saham

Tunaikan Zakat Saham

Kira Zakat Saham

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Saham yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

RM

Zakat Saham | Maahad Tahfiz Al Hikmah Shah Alam merupakan Penolong Amil Bertauliah lantikan Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Jumlah Minima: RM10.00

RM

Jumlah Minima:RM10.00

Category:

Kira Zakat Saham Online Di Malaysia

Ramai yang melabur dalam saham kerana potensi pulangannya amat tinggi berbanding pelaburan lain. Ada yang membuat pelaburan saham untuk menjana wang sampingan, malah ada juga yang menjadikan pelaburan saham sebagai penjana pendapatan utama. Oleh itu, wajar dikenakan zakat saham ke atas keuntungan dalam aktiviti jual-beli saham kerana ia merupakan sejenis pendapatan. 

 

Dalam dunia saham, pemegang saham mempunyai hak ke atas peratusan kecil daripada keuntungan syarikat. Oleh itu, jika syarikat memperoleh keuntungan, maka pemegang saham juga mendapat peratusan miliknya daripada keuntungan tersebut. Selain itu, keuntungan juga boleh didapati daripada aktiviti menjual saham yang dimiliki. Pada zaman sekarang, aktiviti jual-beli saham boleh dilakukan secara online atau atas talian. Jadi, tidak hairan jika boleh juga dilakukan urusan bayaran zakat saham online. 

Kriteria Saham

Sebelum kita mula mengira dan membuat bayaran zakat saham online, ketahui dahulu kriteria saham. Biasanya, saham ini berciri seperti berikut:-

 

  • Merupakan sekuriti yang mewakili peratus tertentu bagi sebahagian modal pemilik dalam perniagaan.
  • Kesemua pemegang saham dalam sesebuah perniagaan merupakan pemilik perniagaan, maka segala kejayaan serta kegagalan perniagaan juga dikongsi bersama.
  • Jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham serta harga saham syarikat atau perniagaan di pasaran saham boleh dijadikan kayu ukur kejayaan sesebuah perniagaan
  • Saham ini boleh dijual-beli di pasaran saham
  • Terdapat dua jenis saham iaitu saham biasa dan saham keutamaan. Saham biasa juga dikenali sebagai saham ekuiti dan memberi pemegang hak untuk berkongsi keuntungan, mengundi semasa mesyuarat agung, serta memilih dan memecat pengarah. Saham keutamaan pula biasanya diberikan kepada pelabur sesebuah syarikat, yang akan menerima dividen tetap secara berkala, namun tidak punyai hak untuk mengundi semasa mesyuarat agung.  
  • Selain itu, terdapat juga saham jangka masa panjang, iaitu seperti yang dinyatakan di atas, dan saham jangka masa pendek, di mana keuntungan diperoleh dengan cepat hasil membeli saham pada harga rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.

Pengiraan Zakat Saham

 

Berikut merupakan contoh pengiraan bagi saham jangka masa pendek:

 

Bilangan saham: 30,000 unit

Kos belian: RM1.20 seunit

Kos jualan: RM1.45 seunit

 

Keuntungan: RM0.25 x 30,000 = RM7,500

 

Dapat dilihat di sini bahawa jumlah keuntungan ini kurang daripada jumlah nisab, namun ia merupakan sebahagian daripada kekayaan seseorang individu. Oleh yang demikian, jika nilai harta atau simpanan seseorang itu melebihi jumlah nisab selepas ditambah kesemua sumber kekayaan dan pendapatannya – termasuk keuntungan daripada pelaburan saham, maka wajib dibayar zakat saham ke atas keuntungan hasil jualan saham ini.

 

Daripada jumlah keuntungan, jumlah zakat yang perlu dibayar adalah:

 

2.5% x RM7,500 = RM187.50 

 

Bagi zakat saham jangka masa panjang pula, contoh pengiraan seperti berikut:-

 

Bilangan saham: 100,000 unit

Nilai satu unit saham: RM1.50 seunit

Jumlah nilai saham: RM150,000

 

Jumlah zakat saham yang perlu dibayar:

Contoh Pengiraan Zakat Saham Malaysia

Secara amnya, cara kira zakat saham adalah sama dengan cara kiraan zakat pemilikan harta atau simpanan. Ini bermaksud, ianya adalah pada kadar nisab 2.5%. Zakat saham perlu dibayar apabila cukup nisab dan cukup haul, iaitu selama setahun pemilikan saham.

 

Pengiraan nisab zakat saham juga adalah berasaskan kepada 85 gram emas. Jumlah ini bersamaan dengan lebih kurang RM23,532 untuk jangka masa Julai hingga Disember 2022. Walau bagaimanapun, mungkin kiraan akan menjadi sedikit berbeza mengikut nisab zakat di setiap negeri di Malaysia. 

 

Kiraan bayaran zakat saham pula adalah 2.5% daripada jumlah pendapatan individu dalam setahun. Jika dividen daripada saham merupakan salah satu sumber pendapatan seseorang individu, jadi ia perlu dikira bersama sebagai salah satu bahagian pendapatan tahunan. Selain itu, jumlah keseluruhan nilai saham juga perli dikira dalam kiraan zakat saham kerana ia merupakan sejenis simpanan. Jika cukup tempoh haul selama setahun, maka ia patut dikenakan zakat saham Malaysia. 

 

Bagaimanapun, terdapat perbezaan bagi kiraan zakat saham jangka masa panjang dan zakat saham jangka masa pendek. Ini kerana biasanya pemilikan saham jangka masa pendek tidak cukup haul, namun keuntungan yang didapati daripada menjual saham ini wajar dikenakan zakat jika cukup nisab dan haul. 



Copyright 2023 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2023 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my