Kalkulator & Cara Kira Zakat Gratuiti

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Gratuiti yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Gratuiti

Jumlah Minima: RM10

RM

Jumlah Minima:RM10

Jumlah Maksima:RM30,000

Category:

Tunaikan Zakat Gratuiti Anda

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Gratuiti yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Gratuiti

Jumlah Minima: RM10

RM

Jumlah Minima:RM10

Jumlah Maksima:RM30,000

Category:

Kira & Tunaikan
Zakat Gratuiti Selangor

Online Mudah Pantas

Rebat Cukai LHDN 100%

Tunaikan Zakat
Gratuiti Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN

Tunaikan Zakat Gratuiti Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN

Maklum Balas Pengguna

Kelebihan Membayar Zakat Gratuiti

Rebat Cukai Pendapatan 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Zakat Fitrah
Rebat Cukai 100%
Zakat Pendapatan
Rebat Cukai 100%
Zakat KWSP
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas
Rebat Cukai 100%
Zakat Pelaburan
Rebat Cukai 100%
Zakat Ternakan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Perniagaan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Kripto
Rebat Cukai 100%
Zakat ASB
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas Perhiasan
Rebat Cukai 100%
Zakat Saham
Rebat Cukai 100%
Zakat Tanaman
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Simpanan
Rebat Cukai 100%
Zakat Harta
Rebat Cukai 100%
Zakat Gratuiti
Rebat Cukai 100%
Zakat Takaful
Rebat Cukai 100%
Zakat Padi
Rebat Cukai 2.5%
Qadha Zakat
Rebat Cukai 100%

Kelebihan
Membayar Zakat Gratuiti

Rebat Cukai
Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke
Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor

Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima

Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN

Pilih Jenis Zakat

Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima

Tauliah Pelantikan

Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor.

Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.

Laporan Aktiviti & Agihan Lembaga Zakat Selangor

Aduan & Maklum Balas

Zakat Gratuiti

Dalam alam pekerjaan, salah satu sumber pendapatan adalah pendapatan yang dinamakan “gratuiti.” Apakah gratuiti dan bagaimana kiraan zakat gratuiti ini? Berdasarkan takrifan Dewan Bahasa dan Pustaka, gratuiti bermaksud sesuatu ganjaran – yang biasanya merupakan dalam bentuk wang, yang diberikan oleh majikan kepada seseorang pekerja yang berhenti atau bersara sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah diberikan. Melalui definisi ini, boleh disimpulkan bahawa wang gratuiti ini bukannya pencen kerana ia diberi hanya sekali atau tidak berterusan, dan bukan pampasan kerana tiada sumber pendapatan yang diberhentikan sebelum tiba masa yang sepatutnya.

Oleh itu, oleh kerana ia menyamai seperti hibah atau hadiah, maka patut dibayar zakat gratuiti ke atas ganjaran ini kerana ia sejenis pendapatan yang mempunyai potensi untuk dikembangkan menjadi lebih banyak. Perkara ini dapat dijalankan jika hasil gratuiti ini digunakan untuk melabur atau dijadikan modal untuk sesuatu perniagaan. 

Dalil Zakat Gratuiti

Hukum wajib membayar zakat gratuiti ini boleh dikaitkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman,nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 267)

Begitu juga dinyatakan dalam firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).” (Surah at-Taubah, ayat 103) 

Oleh kerana hadiah wang gratuiti diberikan berdasarkan prestasi kita sebagai seorang pekerja, maka ia menepati ciri-ciri wang pendapatan yang mana diwajibkan zakat ke atasnya.

Kaedah Mengira Pembayaran Zakat Gratuiti

Berdasarkan syarat-syarat wajib bayar zakat gratuiti, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-99 yang diadakan pada 30 November 2016, majlis telah mengambil maklum dua alternatif kaedah pengiraan zakat gratuiti seperti berikut:-

  • Kaedah Pertama: Pengiraan zakat pada akhir tahun iaitu selepas ditolak segala perbelanjaan bagi keperluan asas dan lain-lain perbelanjaan yang dibenarkan. Bagi kaedah ini, semua pendapatan serta nilai harta yang dimiliki perlu digabungkan sebelum dikira jumlah yang perlu dizakat.
  • Kaedah Kedua: Pembayar zakat boleh memilih untuk segera membayar zakat pendapatan berdasarkan jumlah gratuiti yang diterima. 

Bagi zakat gratuiti, kadar nisab zakat yang ditentukan adalah sama iaitu sebanyak 2.5% daripada jumlah wang atau harta yang diterima atau terkumpul pada masa cukup haulnya. Oleh itu, bagi kaedah kedua, pembayar zakat tidak perlu menunggu sehingga hartanya setahun mencapai nilai RM23,632 kerana zakat gratuiti ini boleh dibayar segera berdasarkan jumlah pokok gratuiti tersebut. 

Memindahkan Wang Gratuiti Ke Akaun Simpanan

Biasanya jika seseorang itu mendapat gratuiti, pasti ia akan dipindahkan kepada akaun simpanan. Oleh itu, adakah perlu dibayar zakat gratuiti atau memadai jika dibayar zakat simpanan sahaja? Mengikut Perunding Dakwah Zakat Selangor Ustaz Hamizul Abdul Hamid – melalui perkongsiannya dengan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen di Universiti Putra Malaysia, wang gratuiti perlu dibayar zakat secepat mungkin. Menurut kata beliau, selepas dibayar zakat berdasarkan jumlah yang diperolehi, kemudian sahaja baru wang itu boleh dipindahkan ke akaun simpanan ataupun Tabung Haji. Simpanan ini pula akan dizakat apabila cukup haul. 

Bagaimana pun, jika anda risau dikenakan zakat dua kali – iaitu satu ke atas wang gratuiti dan sekali lagi ke atas simpanan, usah risau kerana zakat gratuiti yang telah dibayar dianggap sebagai “perbelanjaan” yang boleh ditolak daripada kiraan zakat simpanan pada akhir tahun. 

Semestinya, tidak perlu takut jika harta atau pendapatan kita berkurangan disebabkan membayar zakat. Sesungguhnya amalan membayar zakat mampu “menyucikan” harta kita, dan juga mengangkat darjah seseorang itu dengan reda dan izin Allah SWT. Malahan, dengan hasil zakat diagihkan kepada mereka yang memerlukan, ia juga bagaikan ibadah yang membantu pertumbuhan ekonomi umat Islam.

Seperti dinyatakan tokoh tafsir al-Quran, Sheikh Muhammad Mustafa al-Maraghi:

“Iaitu dengan sedekah itu kamu dapat menyucikan jiwa mereka dan mengangkat mereka ke darjat orang yang baik dengan melakukan kebajikan sehingga mereka wajar menerima kebahagian di dunia dan akhirat.” (Tafsir al-Maraghi). 

Sesungguhnya kewajiban membayar zakat itu memang penting, sehinggakan ia merupakan salah satu daripada rukun Islam. Melalui kegiatan zakat, dapat dibangunkan ummah dan masyarakat,dan semoga ia membawa kepada kebaikan kepada seluruh umat Islam.

Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my