Tunaikan Zakat Perniagaan Anda

Bayar Zakat Perniagaan anda menggunakan akaun syarikat, enterprise atau persendirian.

Pembayaran maksima bagi akaun syarikat adalah RM1 juta, sementara bagi enterprise & persendirian adalah RM30,000 bagi setiap transaksi.

Bayar Zakat Perniagaan anda menggunakan akaun syarikat, enterprise atau persendirian.

Pembayaran maksima bagi akaun syarikat adalah RM1 juta, sementara bagi enterprise & persendirian adalah RM30,000 bagi setiap transaksi.

Kalkulator & Cara Kira Zakat Perniagaan

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas Perniagaan saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Perniagaan

Jumlah Minima: RM10

RM

Jumlah Minima:RM10

Jumlah Maksima:RM30,000

Category:

Tunaikan Zakat Perniagaan Anda

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas Perniagaan saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Perniagaan

Jumlah Minima: RM10

RM

Jumlah Minima:RM10

Jumlah Maksima:RM30,000

Category:

Kira & Tunaikan
Zakat Perniagaan Selangor

Online Mudah Pantas

Rebat Cukai LHDN 100%

Tunaikan Zakat
Perniagaan
Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN

Tunaikan Zakat Perniagaan Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN

Maklum Balas Pengguna

Kelebihan Membayar Zakat Perniagaan

Rebat Cukai Pendapatan 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Zakat Fitrah
Rebat Cukai 100%
Zakat Pendapatan
Rebat Cukai 100%
Zakat KWSP
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas
Rebat Cukai 100%
Zakat Pelaburan
Rebat Cukai 100%
Zakat Ternakan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Perniagaan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Kripto
Rebat Cukai 100%
Zakat ASB
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas Perhiasan
Rebat Cukai 100%
Zakat Saham
Rebat Cukai 100%
Zakat Tanaman
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Simpanan
Rebat Cukai 100%
Zakat Harta
Rebat Cukai 100%
Zakat Gratuiti
Rebat Cukai 100%
Zakat Takaful
Rebat Cukai 100%
Zakat Padi
Rebat Cukai 2.5%
Qadha Zakat
Rebat Cukai 100%

Kelebihan
Membayar Zakat Perniagaan

Rebat Cukai
Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke
Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran Zakat Anda Akan Terus Pergi Ke Akaun Bank Lembaga Zakat Selangor, Secara Langsung Tanpa Melalui Mana-Mana Akaun Entiti Lain

Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf, melalui Lembaga Zakat Selangor

Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima

Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN

Pilih Jenis Zakat

Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima

Tauliah Pelantikan

Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor

Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.

Laporan Aktiviti & Agihan Lembaga Zakat Selangor

Aduan & Maklum Balas

Zakat Perniagaan

Aktiviti perniagaan merupakan salah satu cara beroleh pendapatan jadi ia boleh dikenakan zakat perniagaan. Pada dasarnya, ianya tidak jauh beza daripada zakat pendapatan, di mana ianya dikenakan ke atas para peniaga dan usahawan, manakala zakat pendapatan pula lazimnya untuk mereka yang bekerja makan gaji. Namun, perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua kategori ini adalah bagaimana cara kiraannya masing-masing. Cara pengiraannya berbeza kerana melibatkan syarikat serta cara operasi perniagaan tersebut. Mari ketahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perkara ini. 

Apa Itu Zakat Perniagaan?

Zakat perniagaan merupakan zakat yang perlu dibayar berdasarkan hasil atau pendapatan daripada aktiviti perniagaan. Aktiviti perniagaan ini termasuk pelbagai bidang dan industri seperti perniagaan berasaskan pembuatan, perkhidmatan, jual beli barangan, perlombongan, pertanian, perladangan, perkapalan, logistik, pembekalan, pengedaran dan sebagainya.

Sementara itu, bentuk perniagaan yang dikenakan zakat termasuk perniagaan persendirian, perkongsian, dan malahan perniagaan perkongsian dengan rakan kongsi bukan Islam. Semua jenis syarikat, koperasi, gerai, perniagaan atas talian, perniagaan saham, dan apa sahaja aktiviti yang melibatkan pertukaran wang untuk barangan atau perkhidmatan dikira sebagai perniagaan dan perlu membayar zakat jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.  

Kelebihan Membayar Zakat Perniagaan

Indahnya membayar zakat, tidak kira apa jenis zakat sekalipun, adalah bagaimana ianya amalan yang menyempurnakan ibadah kita kepada Allah SWT, dan juga membolehkan kita bantu-membantu sesama manusia. Ia bagaikan dua kali ganda kelebihan yang dirasai hasil daripada menunaikan tanggungjawab ini. 

Secara spesifik pula, terdapat beberapa kelebihan kepada amalan membayar zakat perniagaan secara khususnya. Antaranya termasuk:-

  • Membersihkan hasil perniagaan daripada segala unsur tersalah timbang atau tersalah kira yang mungkin tidak kita sedari semasa melakukannya 
  • Menimbulkan rasa bersyukur ke atas rezeki yang dikurniakan pada perniagaan kita
  • Juga menjadi dorongan untuk berusaha dengan lebih kuat lagi setelah diteliti hasil perniagaan pada sesuatu tahun, semoga dapat menyumbang dengan lebih banyak lagi kepada ummah dan masyarakat
  • Rasa berpuas hati kerana dapat membantu golongan asnaf serta membantu membangunkan masyarakat hasil daripada sumbangan dan bayaran kita 
  • Meningkatkan taqwa kepada Allah SWT kerana dapat melihat sendiri bahawa membelanjakan harta ke jalan Allah tidak akan merugikan harta dan perniagaan 
  • Dan banyak lagi kelebihan lain membayar zakat yang mungkin tidak kita sedari 

Dalil-dalil Yang Merujuk Kepada Perkara Ini

Terdapat beberapa dalil yang merujuk kepada kewajiban membayar zakat perniagaan. Antaranya termasuk seperti yang berikut. 

Firman Allah SWT:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]

Firman ini jelas menunjukkan bahawa orang yang beriman tidak akan lalai daripada membayar sebahagian daripada hasil keuntungan perniagaan atau aktiviti jual beli yang menjadi rezeki kita.  

Sementara itu, terdapat juga hadith Nabi yang menyentuh perkara ini. 

Salah satunya, Samurah bin Jundub menyatakan: “Sesungguhnya Rasulullah memerintahkan kami untuk mengeluarkan sedekah (zakat) daripada apa yang kami persiapkan untuk diperniagakan.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadith ini ternyata merujuk kepada zakat perniagaan serta aktiviti perniagaan. 

Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW:

 “Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing)”.[HR Bukhari]

Hadith di atas bukan sahaja menunjukkan akan kewajiban membayar zakat, malahan boleh dijadikan rujukan untuk peniaga yang mempunyai rakan kongsi bukan Islam. Ternyata, kadar zakat perniagaan yang dibayar adalah bergantung kepada bahagian masing-masing, serta kemampuan masing-masing. 

Syarat-syarat Wajib Membayar Zakat Perniagaan

Kondisi-kondisi yang mewajibkan pembayaran bagi individu adalah seperti berikut:-

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna milik ke atas perniagaan
  4. Mencapai nisab
  5. Mencapai haul – iaitu cukup tempoh selama setahun
  6. Barangan itu diniatkan untuk perniagaan
  7. Perniagaan itu mestilah mematuhi hukum syarak. Bagi perniagaan yang haram dari sisi Islam seperti menjual arak, berjudi dan sebagainya adalah tidak wajib untuk dizakatkan. 

Cara Mengira Kadar Bayaran

Tentunya cara mengira zakat perniagaan ada perbezaan dengan zakat pendapatan disebabkan beberapa faktor seperti pekerja dan kos bahan atau barangan. 

Secara amnya, cara mengira bayaran yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan tunai (termasuk di bank) & modal + Nilai inventori + Nilai kredit (seperti pinjaman perniagaan) – Perbelanjaan & hutang perniagaan = Baki
  1. Baki daripada pengiraan di atas, jika ia mencukupi nilai nisab (atau melebihinya) kemudian didarab dengan kadar 2.5%. Jumlah ini merupakan jumlah yang perlu dibayar. 

Untuk rujukan am, terma-terma berikut dijelaskan maksudnya:-

Inventori: Stok barangan termasuk bahan mentah dan barangan untuk jualan.
Perbelanjaan: Termasuk gaji pekerja, bayaran sewa pejabat atau tapak jualan, bil elektrik dan sebagainya. 

Nisab dan Kadar Pembayaran

Nisab zakat perniagaan ditetapkan pada kadar 2.5% daripada keuntungan bersih setahun, iaitu setelah tamat tempoh haul. Nisab ini adalah berdasarkan nilai 85 gram emas, yang dianggarkan bersamaan dengan nilai RM24,007 pada kemas kini terakhir, iaitu pada Januari-Jun 2024. Bagaimana pun, perlu diambil kira bahawa nilai ini bergantung kepada kadar emas semasa. Untuk pengetahuan, kadar nisab zakat berdasarkan nilai perak pula adalah tertakluk kepada 595 gram perak. 

Oleh itu, jika keuntungan dan nilai aset perniagaan anda mencapai atau melebihi RM24,007 ini, wajib dikenakan zakat perniagaan ke atasnya setelah cukup haul. Biasanya, kebanyakan peniaga atau pemilik syarikat mengira haul bermula daripada bulan Januari hingga bulan Disember. Kiraan ini menyenangkan pengiraan untuk tolak jumlah yang perlu dibayar daripada pengiraan cukai pendapatan atau cukai perniagaan bagi tahun tersebut. 

Namun, disarankan bagi pembayar zakat yang mengikuti kalendar Masihi (iaitu Januari hingga Disember) agar mengikut kiraan yang telah ditetapkan oleh Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institutions (AAOIFI), di mana nisab dikira sebanyak 2.577%. Ini kerana jumlah hari dalam satu tahun mengikut kalendar Masihi adalah lebih banyak berbanding setahun mengikut kalendar Hijriah. Dalam mencari rezeki, kita perlu menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya jadi adalah elok jika kita jujur dalam mengira kadar dan nisab zakat, terutama sekali bila membayar zakat perniagaan.

Di Manakah Boleh Zakat Perniagaan Dibayar?

Zakat perniagaan boleh dibayar dengan mana-mana pemungut zakat di tempat anda bermastautin. Ia juga boleh dibayar secara atas talian dengan cara mengisi borang di atas. 

Selamat menunaikan kewajipan membayar zakat perniagaan. 

Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my