Kira & Tunaikan
Zakat Pendapatan Selangor

Kira & Tunaikan
Zakat Pendapatan Selangor

Online Mudah Pantas

Rebat Cukai LHDN 100%

Tunaikan Zakat
Pendapatan
Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN

Tunaikan Zakat Pendapatan Anda Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN

Maklum Balas Pengguna

Kelebihan
Membayar Zakat

Rebat Cukai
Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke
Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor

Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima

Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN

Pilih Jenis Zakat

Kelebihan Membayar Zakat Pendapatan

Rebat Cukai Pendapatan 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Zakat Pendapatan
Rebat Cukai 100%
Zakat KWSP
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas
Rebat Cukai 100%
Zakat Pelaburan
Rebat Cukai 100%
Zakat Ternakan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Fitrah
Rebat Cukai 100%
Zakat Perniagaan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat ASB
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas Perhiasan
Rebat Cukai 100%
Zakat Saham
Rebat Cukai 100%
Zakat Kripto
Rebat Cukai 100%
Zakat Tanaman
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Simpanan
Rebat Cukai 100%
Zakat Harta
Rebat Cukai 100%
Zakat Gratuiti
Rebat Cukai 100%
Zakat Takaful
Rebat Cukai 100%
Zakat Padi
Rebat Cukai 2.5%
Qadha Zakat
Rebat Cukai 100%

Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima

Tauliah Pelantikan

Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor.

Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.

Laporan Aktiviti & Agihan Lembaga Zakat Selangor

Aduan & Maklum Balas

 

Bila perlu bayar zakat pendapatan dan berapa kadarnya

Bila perlu bayar zakat pendapatan dan berapa kadarnya?

Zakat pendapatan ialah sejenis sedekah wajib dalam Islam yang dihitung berdasarkan peratusan pendapatan seseorang. Zakat pendapatan hanya wajib bagi mereka yang sudah melepasi nisab, iaitu had minimum kekayaan yang perlu dimiliki sebelum dikenakan zakat. Nisab bagi zakat pendapatan ditentukan berdasarkan nilai 85 gram emas atau 595 gram perak.

Untuk tahun 2024  (Jan – Jun), nilai kadar nisab ini telah ditetapkan sebanyak RM24,007. Kadar zakat pendapatan pula adalah 2.5% daripada pendapatan tahunan seseorang. Teruskan membaca untuk mengetahui cara mengira zakat pendapatan.

Bila Perlu Bayar Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan hanya perlu dikira selepas tamat tempoh haul, iaitu cukup tempoh masa setahun ke atas harta yang dimiliki. Namun, ada yang memilih untuk membuat potongan atau caruman zakat secara bulanan agar amaunnya tidak membebankan di hujung tahun atau tempoh haul. Hal ini tidak menjadi masalah asalkan jumlah di akhir tahun ditepati. Pada asasnya, membayar zakat ini adalah berdasarkan kemampuan kita dan seseorang itu hanya perlu membayar zakat pendapatan jika cukup nisab dalam masa setahun, iaitu sebanyak RM24,007 bagi tahun 2024. Jika cukup nisab, langkah seterusnya adalah menetapkan cara mengira zakat pendapatan. 

Cara-cara Mengira Zakat Pendapatan

Terdapat dua cara untuk mengira zakat pendapatan. Cara pertama ialah berdasarkan pendapatan kasar setahun seseorang dan kemudian ditolak kos kehidupan seharian atau bulanan. Untuk mengira zakat pendapatan menggunakan cara ini, seseorang perlu menentukan jumlah pendapatan kasar mereka untuk tahun itu termasuk semua sumber pendapatan seperti gaji, pendapatan sewa dan keuntungan perniagaan. Kemudian, tolak semua perbelanjaan dan hutang untuk tahun tersebut. Jumlah yang tinggal adalah pendapatan bersih. Jika jumlah pendapatan bersih ini lebih daripada RM24,007, maka zakat pendapatan perlu dibayar. Dalam kes ini, jumlah zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% daripada RM24,007 iaitu RM600.

Contoh mengira zakat berdasarkan pendapatan kasar serta kos perbelanjaan:

Pendapatan sebulan:     RM6900
Sewa/ansuran rumah:   RM1200
Ansuran kereta:             RM600
Belanja rumah:             RM1500
Belanja makan pakai:     RM1,500

Jumlah perbelanjaan:    RM4,800
Baki simpanan:             RM2,100

Dalam setahun, simpanan ini berjumlah: RM25,200. Jumlah ini lebih daripada nisab zakat simpanan tahun 2024. Oleh itu, perlu dibayar 2.5% daripada jumlah simpanan ini sebagai zakat pendapatan.

2.5% x RM25,200 = RM630 jumlah zakat pendapatan pada tahun tersebut.

Cara kedua ialah berdasarkan pendapatan yang layak dizakat.

Cara ini lebih mudah kerana ia hanya memerlukan seseorang untuk menentukan pendapatan mereka yang tidak tertakluk kepada sebarang perbelanjaan atau hutang, dan melebihi nisab. Setelah jumlah itu ditentukan, zakat pendapatan boleh dikira pada kadar 2.5% daripada pendapatan tersebut.

Sebenarnya, jika kita lihat, sebenarnya amaun zakat itu tidak begitu membebankan jika pendapatan dikira secara menyeluruh tanpa menolak kos perbelanjaan. Contohnya, jika gaji anda RM2500 sebulan, gaji setahun adalah RM30,000. Pada kadar 2.5%, zakat yang perlu dibayar hanyalah RM750. Jika sukar untuk mengumpulkan amaun ini pada tarikh tamat haul, kita boleh juga membuat potongan bulanan atau bayaran bulanan sebanyak RM62.50 sebulan. Oleh itu, jika bayaran dibuat setiap bulan, maka bayar zakat online setiap bulan merupakan cara paling senang!

Namun, jika ia membebankan, tidak wajib zakat dikira atas pendapatan kasar semata-mata. Terpulang kepada diri masing-masing untuk mengikut cara mana bila mengira zakat asalkan kita menunaikan kewajiban bila layak. Begitu juga bila membuat bayaran zakat, terpulang kepada diri masing-masing jika mahu membuat bayaran setiap bulan atau setahun sekali, asalkan jumlahnya ikut jumlah selepas tamat tempoh haul (iaitu selama setahun), dan juga pilihan masing-masing jika mahu membuat bayaran secara bersemuka dengan amil atau jika anda pilih untuk bayar zakat online atau atas talian. Segalanya dipermudahkan untuk kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Jadi, selepas mengira jumlah zakat yang perlu anda bayar, anda boleh melakukannya secara online untuk memudahkan urusan anda. Terdapat beberapa platform atau aplikasi yang boleh digunakan seperti dompet-e atau perkhidmatan perbankan atas talian. Anda juga boleh mengunjungi laman web bayarzakatmalaysia.my yang menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat secara atas talian. Ramai pembayar zakat telah dapati bahawa kaedah ini adalah yang paling mudah kerana zakat boleh dibayar dari keselesaan rumah sendiri. Selain itu, jika anda ingin membayar secara fizikal, anda juga boleh melawat pusat pungutan zakat atau masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Bagaimana Zakat Diagihkan

Walau bagaimanapun, memang wujud satu isu yang selalu timbul setiap kali membicarakan zakat iaitu bagaimana untuk memastikan zakat yang kita bayar benar-benar sampai ke tangan golongan yang memerlukan. Kini, ramai yang sudah tahu bahawa terdapat laman web seperti Bayar Zakat Malaysia yang menyediakan platform yang memudahkan pembayaran zakat dengan mudah dan pantas. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Bayar Zakat Malaysia bukan sahaja menyediakan platform pembayaran, malah membantu dalam pembangunan ummah dan masyarakat kerana zakat yang dikutip akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan termasuk fakir miskin, anak yatim dan juga para pelajar kurang berkemampuan.

Bayar Zakat Malaysia juga membantu untuk menyatukan ummah dalam hal ekonomi, di mana sama-sama dapat berbincang cara terbaik untuk sama-sama maju dalam pengumpulan harta. Melalui platform ini, Bayar Zakat Malaysia mewujudkan hubungan sesama insan di antara pemberi dan penerima zakat – walaupun pembayar zakat mungkin tidak bertemu para penerima zakat, namun dapat melihat pembangunan dan bantuan yang diberikan hasil daripada kutipan zakat.

Melalui Bayar Zakat Malaysia, seseorang juga dapat menyucikan harta yang mungkin was-was bagi pembayar zakat. Salah satu peluang untuk meningkatkan ibadah adalah dengan membayar zakat ke atas kurniaan daripada Allah SWT. Dengan menggunakan Bayar Zakat Malaysia, anda dapat menunaikan zakat dengan mudah dan pantas, dan pada masa yang sama membantu membangun dan menyokong masyarakat yang memerlukan. 

Akhir kata, zakat pendapatan bukan sahaja merupakan bentuk sedekah, tetapi juga merupakan cara untuk membersihkan kekayaan dan mencari keberkatan dari Allah. Hasil membayar zakat pendapatan seperti yang telah ditetapkan kewajibannya, kita juga boleh merasa puas dan tenang setelah membayar zakat pendapatan, InsyaAllah!

Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my

[elfsight_whatsapp_chat id="3"]