Kalkulator & Cara Kira Zakat Simpanan

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Simpanan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Simpanan

Zakat Minima : RM10

RM

Zakat Minima :RM10

Zakat Maksima :RM30,000

Category:

Tunaikan Zakat Simpanan Anda

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Simpanan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Simpanan

Zakat Minima : RM10

RM

Zakat Minima :RM10

Zakat Maksima :RM30,000

Category:

Kira & Tunaikan
Zakat Simpanan Selangor

Kira & Tunaikan
Zakat Simpanan Selangor

Online Mudah Pantas

Rebat Cukai LHDN 100%

Tunaikan Zakat
Simpanan Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN

Tunaikan Zakat Simpanan Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN

Maklum Balas Pengguna

Kelebihan Membayar Zakat Simpanan

Rebat Cukai Pendapatan 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Zakat Pendapatan
Rebat Cukai 100%
Zakat KWSP
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas
Rebat Cukai 100%
Zakat Pelaburan
Rebat Cukai 100%
Zakat Ternakan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Fitrah
Rebat Cukai 100%
Zakat Perniagaan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat ASB
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas Perhiasan
Rebat Cukai 100%
Zakat Saham
Rebat Cukai 100%
Zakat Kripto
Rebat Cukai 100%
Zakat Tanaman
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Simpanan
Rebat Cukai 100%
Zakat Harta
Rebat Cukai 100%
Zakat Gratuiti
Rebat Cukai 100%
Zakat Takaful
Rebat Cukai 100%
Zakat Padi
Rebat Cukai 2.5%
Qadha Zakat
Rebat Cukai 100%

Kelebihan
Membayar Zakat Simpanan

Rebat Cukai
Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke
Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor

Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima

Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN

Pilih Jenis Zakat

Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima

Tauliah Pelantikan

Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor.

Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.

Laporan Aktiviti & Agihan Lembaga Zakat Selangor

Aduan & Maklum Balas

Zakat Wang Simpanan

Tahukah anda bahawa anda perlu membayar zakat simpanan setiap tahun? Secara umumnya, ramai umat Islam akan membayar zakat fitrah dan zakat harta. Namun, tidak ramai sedar bahawa dalam lingkungan zakat harta itu terdapatnya zakat simpanan. Biasanya kita akan membayar zakat perniagaan atau zakat pendapatan. Ramai yang terlepas pandang atau mungkin juga tidak tahu tentang zakat ke atas wang simpanan, apatah lagi mengenai siapa yang wajib membayar zakat simpanan, nisab zakat simpanan dan kadar zakat simpanan. Baca dengan lebih lanjut untuk fahami syarat-syarat dan kadar bagi zakat simpanan. 

Apa Itu Zakat Simpanan?

Zakat simpanan dikenakan ke atas wang simpanan seseorang individu. Ia juga boleh dikenakan ke atas objek lain yang boleh diterima pakai secara umum dalam urusan jual beli. Contoh objek ini seperti emas atau perak yang boleh digunakan sebagai mata wang. Malah, zakat simpanan juga boleh dikenakan ke atas pelaburan, saham yang dipegang, bon simpanan, dan lain-lain. Kesemua faktor-faktor ini perlu diambil kira ketika sedang timbang kira zakat simpanan. Jika ia memenuhi syarat-syarat bentuk simpanan, termasuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan, maka ia diwajibkan untuk dibayar bawah zakat simpanan. 

Jenis-jenis simpanan yang boleh dikenakan Zakat Simpanan

  • Simpanan dalam bank atau institusi kewangan
  • Simpanan wang di luar institusi kewangan
  • Simpanan ASB
  • Sijil bon simpanan
  • Pegangan saham
  • Pelaburan jangka panjang
  • Lain-lain jenis simpanan seperti emas dan sebagainya

Kesemua jenis simpanan ini perlu dikira jumlah nilai keseluruhannya untuk dilihat sama ada ia mencapai nilai nisab zakat simpanan terkini. 

Sementara itu, ada juga simpanan yang tidak perlu diambil kira dalam membuat bayaran zakat simpanan anda. Contoh simpanan ini seperti simpanan dalam Tabung Haji dan juga simpanan dalam akaun Bank Islam. Ini adalah kerana institusi-institusi ini telah pun mengeluarkan zakat buat pihak anda. Oleh yang demikian, anda perlu kenali dan pastikan akaun mana yang perlu dikenakan zakat simpanan dan yang mana tidak perlu diambil kira. 

Dalil Mengenai Wajib Membayar Zakat Simpanan

Dalil mengenai zakat simpanan berbunyi begini:

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sementara itu, ia juga terdapat dalam al-Quran, iaitu mengenai simpanan emas dan perak. Dalam surah At-Taubah ayat 34-35, Allah berfirman, “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan ke jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas, perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada (mereka). Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab daripada) apa yang kamu simpan itu.”

Dapat dilihat di sini betapa pentingnya untuk kita menunaikan zakat simpanan agar harta dan simpanan kita diredhai Allah SWT. 

Nisab Zakat Simpanan

Jadi, siapakah yang wajib membayar zakat simpanan ini dan apa nisabnya? Untuk pengetahuan, nisab zakat simpanan adalan bersamaan dengan nilai 85 gram emas. Pada kiraan bulan Julai-Disember 2023, nilai nisab ini bersamaan dengan RM23,035. Jumlah ini juga bersamaan dengan 595 gram nilai perak, bagi mereka yang mahu membayar zakat simpanan ke atas simpanan barang perak. 

Ini bermakna, jika simpanan anda melebihi RM23,035 (atau apa-apa nilai semasa zakat simpanan di negeri masing-masing), anda wajib membayar zakat simpanan setelah cukup haul. Haul zakat simpanan pula apabila cukup setahun. Oleh itu, setelah cukup tempoh haul, zakat simpanan wajib dikenakan ke atas baki terakhir tempoh haul itu. Kebanyakan pembayar zakat simpanan mengira haul daripada bulan Januari sehingga bulan Disember. Dengan itu, bayaran zakat simpanan ini boleh ditolak daripada cukai tahunan yang dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri pula. Bagaimana pun, jika anda mahu membayar zakat simpanan pada waktu lain, tidak menjadi masalah asalkan sudah cukup haul selama setahun ini. 

Bagi pembayar zakat yang mengira haul mengikut kalendar Masihi, anda perlu tahu bahawa kadar yang disarankan oleh Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institutions (AAOIFI) adalah sebanyak 2.577%. Ini adalah kerana jangka masa satu tahun dalam kalendar Masihi adalah lebih panjang daripada jangka masa setahun mengikut kalendar tahun Hijrah. Walau bagaimanapun, jangan risau kerana jumlah zakat simpanan yang dikenakan pastinya tidak jauh bezanya.

Kadar Wajib Zakat Simpanan

Jika simpanan anda mencapai kadar nisab zakat simpanan, kadar zakat yang dikenakan adalah sebanyak 2.5%. Sebagai contoh, jika jumlah simpanan anda daripada kesemua sumber simpanan berjumlah RM24,000, pengiraan kadar wajib zakat simpanan adalah seperti berikut:

2.5% x RM24,000 = RM600

Oleh itu, jumlah zakat simpanan yang perlu dibayar pada tahun itu adalah sebanyak RM600.

Di Mana Zakat Simpanan Boleh Dibayar?

Zakat simpanan boleh dibayar secara atas talian seperti di atas. 

Selamat menunaikan kewajipan membayar zakat simpanan.

Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my