Kalkulator & Cara Kira Zakat Pendapatan

Gaji, Upah, Bonus, Pencen, Insentif,
Gratuiti, Royalti, Hasil Sewa, Komisen & Lain-Lain Pendapatan

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Pendapatan

Zakat Minima : RM10

RM

Zakat Minima :RM10

Zakat Maksima :RM30,000

Category:

Tunaikan Zakat Pendapatan Anda

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Pendapatan

Zakat Minima : RM10

RM

Zakat Minima :RM10

Zakat Maksima :RM30,000

Category:

Kira & Tunaikan
Zakat Pendapatan Selangor

Kira & Tunaikan
Zakat Pendapatan Selangor

Online Mudah Pantas

Rebat Cukai LHDN 100%

Tunaikan Zakat Pendapatan
Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN

Tunaikan Zakat Pendapatan Anda Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN

Maklum Balas Pengguna

Kelebihan Membayar Zakat Pendapatan

Rebat Cukai Pendapatan 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Zakat Pendapatan
Rebat Cukai 100%
Zakat KWSP
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas
Rebat Cukai 100%
Zakat Pelaburan
Rebat Cukai 100%
Zakat Ternakan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Fitrah
Rebat Cukai 100%
Zakat Perniagaan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat ASB
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas Perhiasan
Rebat Cukai 100%
Zakat Saham
Rebat Cukai 100%
Zakat Kripto
Rebat Cukai 100%
Zakat Tanaman
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Simpanan
Rebat Cukai 100%
Zakat Harta
Rebat Cukai 100%
Zakat Gratuiti
Rebat Cukai 100%
Zakat Takaful
Rebat Cukai 100%
Zakat Padi
Rebat Cukai 2.5%
Qadha Zakat
Rebat Cukai 100%

Kelebihan
Membayar Zakat

Rebat Cukai
Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke
Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor

Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima

Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN

Pilih Jenis Zakat

Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima

Tauliah Pelantikan

Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor.

Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.

Laporan Aktiviti & Agihan Lembaga Zakat Selangor

Aduan & Maklum Balas

Apa Itu Zakat Pendapatan?

“Zakat pendapatan” adalah satu bentuk zakat yang dikenakan ke atas pendapatan individu di Malaysia. Ini adalah sumbangan wajib yang ditetapkan oleh undang-undang Islam, dan ia digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.

Apa Itu Zakat Pendapatan? Zakat pendapatan merupakan salah satu zakat yang dikenakan terhadap semua umat Islam. Zakat pendapatan ini dikenakan ke atas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan dan aktiviti yang menghasilkan pendapatan.

Seorang Muslim, apabila cukup syarat wajib baginya, perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas segala perolehan wang atau gaji untuk tahun itu. Malahan, kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan). 

Tentunya terdapat banyak kelebihan diwajibkan membayar zakat. Ia mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pihak individu serta masyarakat dan ummah. Antara kelebihan zakat termasuk:-

  • Membantu pembangunan ummah dan masyarakat kerana zakat yang dikutip akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan termasuk fakir miskin, anak yatim dan juga para pelajar kurang berkemampuan 
  • Menyatukan ummah dalam hal ekonomi, di mana sama-sama dapat berbincang cara terbaik untuk sama-sama maju dalam pengumpulan harta
  • Mewujudkan hubungan sesama insan di antara pemberi dan penerima zakat – walaupun pembayar zakat mungkin tidak bertemu para penerima zakat, namun dapat melihat pembangunan dan bantuan yang diberikan hasil daripada kutipan zakat
  • Mengelakkan perasaan iri hati sesama insan dan malahan mungkin juga dapat memberi inspirasi kepada golongan penerima zakat untuk memajukan diri sendiri agar dapat menyumbang kepada ummah suatu hari nanti melalui zakat ke atas kekayaan sendiri
  • Menanamkan sifat bertanggungjawab dalam diri individu, terutamanya ketua keluarga
  • Menyucikan harta yang mungkin was-was bagi pembayar zakat
  • Salah satu peluang untuk meningkatkan ibadah adalah dengan membayar zakat ke atas kurniaan daripada Allah SWT

Kadar Zakat Pendapatan

Kadar Zakat Pendapatan boleh dipadati melalui menolak jumlah pendapatan kasar tahunan dengan perbelanjaan-perbelanjaan asasi yang dibenarkan. Justeru, jumlah yang perlu anda zakatkan ialah jumlah pendapatan (selepas pelepasan) x 2.5%.

Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

Anda akan mengira jumlah zakat yang perlu dibayar dengan mengalikan kadar zakat dengan pendapatan bersih anda selepas pengurangan liabiliti. Contohnya, jika kadar zakat adalah 2.5% dan pendapatan bersih anda selepas pengurangan liabiliti adalah RM50,000, zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% daripada RM50,000, iaitu RM1,250.

Fatwa Zakat Pendapatan

Sebenarnya, terdapat dua jenis zakat pendapatan, di mana seseorang individu perlu membayar salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali jika cukup syarat nisab zakat. 

Jenis yang pertama adalah zakat gaji. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Hasil perbincangan, muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat pendapatan dan gaji adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan nisab zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut. 

Jenis yang kedua pula adalah zakat pendapatan professional, iaitu bagi individu tanpa pekerjaan kerja tetap di mana-mana syarikat jadi tidak memperoleh pendapatan bulanan. Jenis individu ini contohnya seperti perunding bebas, penulis buku, pengacara majlis, pelakon, dan sebagainya. 

Bagi pendapatan professional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan Zakat Gaji & Zakat Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.
  2. Diwajibkan zakat ke atas pendapatan tahunan seseorang profesional kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan.

Dalil Zakat Pendapatan

Terdapat beberapa dalil yang merujuk kepada kewajipan menunaikan zakat ke atas pendapatan tahunan. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)” [Al-Baqarah (2): 267]

Selain itu, terdapat juga sebuah Hadis (yang bermaksud): Telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:

Sedekah ditekankan atas setiap Muslim, lalu para Sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan). Baginda SAW menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah (HR Bukhari & Muslim).

Al-athar para Sahabat turut menjadi dalil yang merujuk kepada zakat ke atas pendapatan kasar. Diriwayatkan daripada Abu Ubayd diterima daripada Hubayrah ibn Yarim, beliau berkata (yang bermaksud):

“Abdullah ibn Masud memberikan kepada kami sebuah bakul yang berisi barang yang bernilai, diambil sebahagiannya untuk membayar zakat.”

Sementara itu, menurut fatwa selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, zakat pendapatan merujuk kepada pengeluaran wajib ke atas pendapatan yang meliputi apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus (Subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 [Akta 505]).

Cara Bayar Zakat Pendapatan

Anda hanya perlu tentukan jumlah pendapatan tahunan, kemudian darabkan dengan 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan. Untuk lebih jelas, rujuk formula perkiraan zakat seperti berikut: Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% = Jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar.

Contoh A:

Pendapatan Ali adalah RM1,900 sebulan. Dalam setahun, pendapatannya adalah sebanyak RM22,800. Oleh kerana jumlah ini di bawah jumlah nisab, Ali tidak perlu membayar zakat pendapatan sama sekali.

Contoh B:

Pendapat Saiful adalah RM5,500 sebulan. Dalam setahun, gajinya adalah sebanyak RM66,000. Oleh itu, Saiful perlu membayar zakat pendapatan kerana jumlahnya lebih daripada nisab. Walau bagaimanapun, kadar yang perlu Saiful bayar bukanlah berasaskan pendapatan RM66,000 tadi. Saiful dibenarkan untuk menolak beberapa perbelanjaan keperluan sebelum kadar zakat pendapatannya dikira. Mengikut Majlis Agama Islam, perbelanjaan yang dibenarkan adalah seperti berikut, bersama jumlah yang boleh ditolak:-

  1. Perbelanjaan Diri: RM12,000
  2. Perbelanjaan Isteri: RM5,000
  3. Perbelanjaan Anak-anak:
  • Berumur bawah 18 tahun: RM2,000 seorang
  • Berumur atas 18 tahun dan masih belajar: RM5,000
  1. Pendidikan sendiri: RM2,000
  2. Pemberian kepada ibu bapa (RM100 x 12 bulan): RM1200
  3. KWSP (11%): RM7,260 setahun bagi Saiful

Oleh itu, jika Saiful punyai perbelanjaan setiap satu seperti di atas, dia dibolehkan untuk tolak RM34,460 daripada pengiraan zakat pendapatan bagi dirinya.

Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Saiful pada tahun itu seperti berikut:

(RM66,000 – RM34,460) x 2.5% = RM788.50 

Jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar oleh Saiful adalah sebanyak RM788.50.

Anda boleh gunakan kalkulator zakat pendapatan kami untuk mengira jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar pada tahun ini.

Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my

[elfsight_whatsapp_chat id="3"]