Kalkulator & Cara Kira Zakat Pendapatan

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Pendapatan

Jumlah Minima: RM10

RM

Jumlah Minima:RM10

Jumlah Maksima:RM30,000

Category:

Tunaikan Zakat Pendapatan Anda

Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.

Zakat Pendapatan

Jumlah Minima: RM10

RM

Jumlah Minima:RM10

Jumlah Maksima:RM30,000

Category:

Kira & Tunaikan
Zakat Selangor

Kira & Tunaikan
Zakat Selangor

Online Mudah Pantas

Rebat Cukai LHDN 100%

Tunaikan Zakat
Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN

Tunaikan Zakat Anda Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN

Maklum Balas Pengguna

Kelebihan
Membayar Zakat Pendapatan

Rebat Cukai
Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke
Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran Zakat Anda Akan Terus Pergi Ke Akaun Bank Lembaga Zakat Selangor, Secara Langsung Tanpa Melalui Mana-Mana Akaun Entiti Lain

Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf, melalui Lembaga Zakat Selangor

Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima

Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN

Pilih Jenis Zakat

Kelebihan Membayar Zakat

Rebat Cukai Pendapatan 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Zakat Pendapatan
Rebat Cukai 100%
Zakat KWSP
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas
Rebat Cukai 100%
Zakat Pelaburan
Rebat Cukai 100%
Zakat Ternakan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Fitrah
Rebat Cukai 100%
Zakat Perniagaan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat ASB
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas Perhiasan
Rebat Cukai 100%
Zakat Saham
Rebat Cukai 100%
Zakat Kripto
Rebat Cukai 100%
Zakat Tanaman
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Simpanan
Rebat Cukai 100%
Zakat Harta
Rebat Cukai 100%
Zakat Gratuiti
Rebat Cukai 100%
Zakat Takaful
Rebat Cukai 100%
Zakat Padi
Rebat Cukai 2.5%
Qadha Zakat
Rebat Cukai 100%

Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima

Tauliah Pelantikan

Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor.

Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.

Laporan Aktiviti & Agihan Lembaga Zakat Selangor

Aduan & Maklum Balas

nisab zakat Selangor 2023

Nisab Zakat Selangor 2023

Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam dan merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang berkemampuan untuk membayar zakat. Zakat adalah amal jariah yang memberi kebaikan kepada orang yang memerlukannya dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Selain itu, ia juga memberi kebaikan kepada pembayar zakat kerana ia membantu menyucikan pendapatan pada tahun yang lepas kalau-kalau ada yang tidak sempurna di sisi Islam, dan juga timbulknya rasa bersyukur dan bahagia kerana dapat menolong insan yang lebih memerlukan.

Salah satu syarat wajib bayar zakat adalah cukupnya nisab. Artikel ini akan membincangkan lebih lanjut mengenai maksud nisab zakat, syarat menghitung nisab, jenis-jenis zakat dan kadar nisab terdahulu di Selangor.

Pengertian Nisab Zakat

Nisab ialah jumlah minimum harta yang perlu dimiliki oleh seseorang sebelum dia wajib membayar zakat. Nisab biasanya dinyatakan dalam bentuk mata wang atau dalam bentuk berat emas.

Sementara itu, haul zakat pula merujuk kepada tempoh masa yang perlu dilalui sebelum zakat boleh dikeluarkan daripada harta tersebut. Tempoh haul zakat adalah selama setahun hijrah. Oleh itu, bagi seseorang yang memiliki harta dan mencapai nisab, dia perlu membayar zakat sejurus cukupnya tempoh haul selama setahun dia memiliki hartanya.

 

Syarat Menghitung Nisab

Bagi mengira nisab zakat, seseorang perlu mempunyai harta tertentu seperti emas, perak, wang tunai, saham dan sebagainya. Selain itu, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:

  • Hakmilik sepenuhnya: Harta yang dimiliki hendaklah menjadi hakmilik sepenuhnya. Jika harta itu digadaikan atau diambil sebagai jaminan, ia tidak akan dikira sebagai harta milik sepenuhnya dan tidak boleh diambil kira untuk mengira nisab.
  • Melebihi harta asas: Harta yang dimiliki hendaklah melebihi jumlah harta asas yang diperlukan untuk kelangsungan hidup seseorang dan keluarganya.

 

Bagaimana Nisab Zakat Selangor Ditetapkan

Nilai nisab zakat sebenarnya berdasarkan nilai semasa 85 gram emas, ataupun 595 gram perak. Nilai nisab ini telah ditetapkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA, bahawa Rasullullah SAW telah bersabda (maksudnya)”

Apabila kamu memiliki 200 dirham (perak) dan berlalu haulnya (cukup setahun), maka bagi kamu zakat sebanyak 5 dirham. (Manakala emas) Kamu tidak wajib berzakat emas sehinggalah kamu memiliki 20 dinar. Maka, apabila kamu memiliki 20 dinar dan telah cukup haulnya, bagi kamu zakatnya sebanyak setengah dinar. Jika kamu memilikinya leboh adripada itu, maka cara pengiraannya adalah serupa. (Riwayat Abu Daud)

Penetapan nisab dan kadar zakat bersandarkan emas dan perak sememangnya sesuatu yang amat tepat dan hebat kerana kadar berat kedua logam berharga ini tidak akan berubah buat selamanya. Namun, nilai pasarannya yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan harga pasaran, yang biasanya terikat dengan kos sara hidup semasa, jadi ia sesuai dengan keadaan setempat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ahli-ahli agama yang terpelajar dan berkemahiran untuk menentukan nilai nisab setiap tahun, berdasarkan harga emas dan perak yang naik dan turun setiap tahun.

 

Bagaimana Pusat Zakat Menentukan Nisab Zakat

Adakah nilai nisab zakat ditentukan oleh harga pasaran atau harga semasa bagi emas dan perak semata-mata? Jawapannya: Tidak.

Sebenarnya, pusat zakat termasuk pusat zakat Selangor akan mengambil kira nilai purata emas pada tahun yang lepas untuk dijadikan nisab bagi tahun berikutnya. Nilai ini akan digunapakai sepanjang tahun dan ia tidaklah berubah-ubah mengikut harga emas pasaran semasa. Cara ini mengesyorkan terdapatnya satu nilai standard yang seragam yang digunakan oleh semua pihak agar tidak menimbulkan kekeliruan serta tanda tanya pada waktu seseorang itu sedang hendak membayar zakat.    

Oleh itu, berdasarkan nilai emas bagi 85gram emas, nisab zakat pendapatan bagi negeri Selangor pada tahun 2023 ialah RM23,035. Bagi tahun 2024 (Jan-Jun) adalah RM24,007. Kemas kini nisab yang terbaru yang diisyhtihar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi bulan Julai- Disember 2024 ialah RM27,696.

Berdasarkan nilai nasab ini, anda boleh membayar zakat pendapatan atau zakat harta jika simpanan anda sudah melebihi amaun di atas. Untuk membayar zakat secara online, layari pautan di bawah ini di mana pembayaran boleh dilakukan dengan cepat dan mudah, dan anda akan menerima resit rasmi daripada Pusat Zakat Selangor untuk tujuan pemotongan cukai.

Bayar di sini: https://bayarzakatmalaysia.my/zakat-pendapatan/

Bayarzakatmalaysia.my membolehkan pembayaran zakat menggunakan pelbagai cara seperti kad kredit, kad debit, FPX, Boost, dan lain-lain. Setelah pembayaran berjaya dilakukan, pengguna akan menerima resit pembayaran yang boleh dicetak sebagai bukti pembayaran.

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, zakat merupakan salah satu kewajipan bagi setiap muslim. Dalam Islam, membayar zakat bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga memperkasakan komuniti secara keseluruhan. Zakat yang dibayar akan digunakan untuk membiayai pelbagai program dan projek yang membantu masyarakat setempat.

Sudah tentu, membayar zakat bukanlah sekadar suatu kewajipan semata-mata, tetapi juga sebuah tanggungjawab sosial yang penting. Zakat boleh membantu untuk mengurangkan ketidaksamaan sosial dalam masyarakat, membantu orang yang kurang bernasib baik, dan memperbaiki keadaan ekonomi masyarakat. Selain itu, membayar zakat juga dapat membantu kita untuk membersihkan hati dari rasa serakah dan mementingkan diri sendiri, serta membantu untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT. Zakat juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan masyarakat Islam sebagai satu kesatuan, kerana ia memastikan kepentingan semua ahli masyarakat Islam dilindungi dan dirangkaikan dalam keadaan yang adil dan seimbang. Membayar zakat merupakan satu langkah penting dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan menjadi contoh yang baik dalam masyarakat kita.

Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my