Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Kripto yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Kripto yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor
Mata Wang Kripto (atau Crypto) adalah mata wang yang wujud semata-mata dalam bentuk digital dan didagangkan atau digunakan untuk jual beli secara atas talian. Ia termasuk dalam kategori harta kerana mempunyai sifat ‘al-Mutaqawwim’, iaitu mempunyai nilai kepadanya dan nilai ini boleh meningkat atau menurun mengikut keadaan semasa. Perumpamaan yang paling hampir dengannya adalah seperti nilai emas dan perak yang diketahui ada diwajibkan zakat ke atasnya jika mencapai kadar yang ditetapkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah bersidang pada 17 Ogos 2021 dan telah diputuskan bahawa menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital sama ada sebagai perantara pembayaran, pemindahan wang dan aset simpanan adalah “harus.” Oleh itu, perlu dibayar zakat ke atas sebarang mata wang kripto yang dimiliki jika nilai keseluruhan harta mencapai nisab zakat yang telah ditetapkan buat tahun tersebut.
Copyright 2025 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my
Copyright 2025 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my