Kalkulator & Cara Kira Zakat Fitrah
Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Related Jenis Zakats
Tunaikan Zakat Fitrah Anda
Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Related Jenis Zakats
Kira & Tunaikan
Zakat Fitrah Selangor
Kira & Tunaikan
Zakat Fitrah Selangor
Online Mudah Pantas
Rebat Cukai LHDN 100%
Tunaikan Zakat
Dengan Mudah
1
Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan
2
Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan
3
Isi maklumat dan tunaikan pembayaran
4
Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN
Tunaikan Zakat Anda Dengan Mudah
1
Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan
2
Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan
3
Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran
4
Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN
Maklum Balas Pengguna
Kelebihan
Membayar Zakat
Rebat Cukai
Individu 100%
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Terus ke
Lembaga Zakat Selangor
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor
Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima
Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN
Pilih Jenis Zakat
Kelebihan Membayar Zakat
Rebat Cukai Pendapatan 100%
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Rebat Cukai Perniagaan 2.5%
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Terus ke Lembaga Zakat Selangor
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor
Pilih Jenis Zakat
Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima
Tauliah Pelantikan
Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor.
Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.
Aduan & Maklum Balas
Harga Zakat Fitrah Selangor 2023
Sebagai seorang yang beragama Islam, kewajiban membayar zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Oleh itu, tentunya ia sesuatu perkara yang sangat penting dalam amalan dan ibadah sebagai seorang Muslim. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada kemampuan seseorang individu itu untuk mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang ditetapkan, sama ada harga zakat fitrah ataupun jenis-jenis zakat yang lain.
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat fitrah merupakan bayaran ataupun sedekah wajib yang perlu dibuat sebelum atau di pengakhiran bulan Ramadan pada sesuatu tahun. Biasanya bayaran zakat dibuat kepada pegawai kutipan zakat, yang dikenali sebagai amil, namun kini anda boleh bayar zakat fitrah online.
Pada tahun kedua Hijrah, telah diwajibkan zakat fitrah ke atas umat Islam, iaitu tahun yang sama diwajibkan ibadah puasa. Salah satu tujuan zakat adalah untuk menyucikan amalan-amalan semasa berpuasa daripada perbuatan dan tutur kata yang sia-sia dan tidak berguna. Selain itu, kutipan daripada zakat fitrah juga diagihkan kepada golongan yang tidak berkemampuan, iaitu golongan asnaf, untuk mencukupkan keperluan mereka dalam menyambut kehadiran Syawal dan perayaan Aidilfitri.
Salah satu dalil zakat fitrah adalah seperti berikut, yang bermaksud:
Dari Ikrimah dari Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitri sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa serta dari perbuatan dan ucapan yang buruk, juga sebagai makanan bagi orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat, maka zakatnya diterima. Barangsiapa yang menunaikannya setelah solat maka statusnya hanya sedekah biasa.” (Hadith Riwayat Abu Daud)
Berapakah Kadar Zakat Fitrah?
Islam tidak membebankan umatnya, jadi hanya yang mampu sahaja yang diwajibkan membayar zakat. Jadi siapakah yang diwajibkan untuk bayar zakat fitrah? Sebenarnya syarat wajib bayar zakat adalah seperti berikut:-
-
- Semua orang Muslim yang layak perlu membayar zakat fitrah
-
- Mestilah seorang yang merdeka
-
- Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaan dirinya serta tanggungannya seperti ahli keluarga atau individu-individu lain di bawah jagaannya
-
- Niat zakat fitrah serta bayarannya perlu dibuat sebelum atau pada masa terbenamnya matahari pada hari terakhir di bulan Ramadan.
Oleh itu, jika anda serta ahli keluarga anda menepati ciri-ciri ini, jangan lupa untuk menunaikan kewajiban ini. Anda boleh melangsaikan bayar zakat online sahaja pada zaman digital ini jadi tiada alasan untuk tidak membayar zakat fitrah. Hari terakhir untuk membayar zakat fitrah tahun ini adalah pada 22 Mac 2023.
Berapakah Kadar Bayaran atau Kadar Penunaian Zakat Fitrah Selangor 2023?
Mungkin ada yang bertanya berapakah sebenarnya kadar bayaran zakat fitrah ini dan bagaimana cara untuk bayar zakat fitrah online pula? Sebenarnya, zakat fitrah Selangor dikira berdasarkan harga beras yang dimakan oleh individu pembayar zakat fitrah serta ahli keluarganya. Harga beras diambil kerana ia makanan ruji rakyat Malaysia. Oleh itu, harga zakat fitrah Selangor 2023 seperti berikut mengikut harga beras yang biasa dimakan oleh keluarga anda:-
-
- Beras Super Special: RM7.00
-
- Beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi: RM14.00
-
- Beras basmathi, beras Jepun dan beras merah: RM21.00
Harga zakat ini berbeza mengikut beras yang dimakan kerana ia mencerminkan tahap kemampuan seseorang itu dalam perbelanjaan sehariannya. Jika seseorang itu mampu beli beras mahal, maka dia mempunyai kemampuan lebih dan patut membayar zakat pada kadar yang lebih tinggi daripada seseorang yang hanya mampu beli beras biasa setiap bulan.
Bagaimanapun, adalah penting untuk sentiasa semak setiap tahun berapa kadar zakat fitrah pada tahun tersebut kerana ia boleh naik atau turun mengikut keadaan semasa. Kadar zakat fitrah Selangor 2023 mungkin berbeza daripada harga zakat fitrah pada tahun 2024. Ia merupakan tanggungjawab pembayar untuk mengambil tahu kadar semasa, terutamanya jika anda bayar zakat online.
Oleh kerana zakat wajib ke atas setiap individu, maka bayaran perlu dibuat untuk setiap ahli keluarga atau tanggungan. Contohnya, dalam sebuah keluarga yang mempunyai suami, isteri serta tiga orang anak, dan beras yang biasa dimakan adalah beras Super Special, maka jumlah zakat fitrah yang perlu dibayar oleh ketua keluarga perlu didarab dengan 5, iaitu sebanyak RM35. Jika keluarga mereka biasa makan beras wangi setiap bulan pula, maka jumlah zakat ini adalah sebanyak RM105.
Jika anda bayar zakat fitrah online, kadar ini mudah dikira dengan kalkulator zakat yang disediakan pada laman web. Cara ini mudah dan cepat kerana anda boleh membuat pemindahan terus daripada akaun bank online atau atas talian.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Selangor Online
Sangat mudah untuk bayar zakat fitrah online sebenarnya kerana kalkulator akan bantu kira jumlah yang perlu anda bayar dan bayaran boleh dibuat menggunakan cara pemindahan wang atas talian daripada laman web bank anda. Niat zakat fitrah boleh dibaca daripada laman niat zakat, sementara pihak yang menerima bayaran pula merupakan amil yang telah dilantik oleh Majlis Agama Selangor secara rasmi.
Niat untuk bayar zakat fitrah adalah seperti berikut:
“Inilah wang sebanyak *RM7.00 sebagai menggantikan beras fitrah yang wajib bagi saya/ tanggungan saya/ wakil pada tahun ini kerana Allah Ta’ala. (*mengikut harga beras yang lazim dimakan serta jumlah tanggungan di bawah ketua keluarga)
Tidak kira zakat fitrah dilakukan secara online atau bersemuka, apa yang penting adalah menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan ini. Untuk membuat bayaran zakat fitrah online, pergi sahaja ke pautan ini.
Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my
Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my