Kalkulator & Cara Kira Zakat KWSP
Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat KWSP yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Related Jenis Zakats
Tunaikan Zakat KWSP Anda
Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat KWSP yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Related Jenis Zakats
Kira & Tunaikan Zakat KWSP
Online Mudah Pantas
Rebat Cukai LHDN 100%
Tunaikan Zakat KWSP
Dengan Mudah
1
Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan
2
Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan
3
Isi maklumat dan tunaikan pembayaran
4
Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN
Tunaikan Zakat Anda Dengan Mudah
1
Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan
2
Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan
3
Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran
4
Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN
Maklum Balas Pengguna
Kelebihan
Membayar Zakat
Rebat Cukai
Individu 100%
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Terus ke
Lembaga Zakat Selangor
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor
Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima
Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN
Pilih Jenis Zakat
Kelebihan Membayar Zakat
Rebat Cukai Pendapatan 100%
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Rebat Cukai Perniagaan 2.5%
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Terus ke Lembaga Zakat Selangor
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor
Pilih Jenis Zakat
Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima
Tauliah Pelantikan
Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor.
Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.
Aduan & Maklum Balas
Cara Kira Zakat KWSP
Dengan memahami dengan jelas kadar dan syarat zakat KWSP, individu dapat memenuhi tanggungjawab zakat mereka dengan tepat. Pengiraan dan pembayaran zakat KWSP yang dilakukan dengan betul akan memastikan harta yang disimpan dalam KWSP dibersihkan secara shariah dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Bagi simpanan KWSP, biasanya sebahagian besar jumlah simpanan tidak boleh dikeluarkan oleh seseorang pencarum sehingga mencapai umur bersara daripada syarikat tempat ia bekerja. Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian daripada jumlah simpanan KWSP untuk tujuan-tujuan tertentu, biasanya daripada Akaun 2 KWSP.
Oleh itu, syarat wajib bagi pembayaran KWSP berbeza sedikit daripada zakat simpanan atau zakat individu yang lain. Ia bergantung kepada jenis pengeluaran, sama ada pengeluaran penuh atau sebahagian sahaja. Justeru, penting untuk kita ketahui cara kira zakat KWSP untuk memastikan tanggungjawab membayar zakat KWSP dijalankan.
Apakah Zakat KWSP?
Zakat KWSP merujuk kepada kewajipan membayar zakat ke atas simpanan yang terdapat dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seseorang. KWSP merupakan skim simpanan persaraan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pekerja mengumpul wang untuk persaraan di masa hadapan. Bagi memenuhi tanggungjawab zakat, individu perlu memahami dengan jelas proses pengiraan zakat KWSP serta kadar dan cara pembayaran yang dikenakan.
Simpanan KWSP Yang Dikenakan Zakat
Sebelum anda membayar zakat ke atas simpanan KWSP, anda perlu tahu bahawa zakat tidak dikenakan ke atas simpanan KWSP yang masih belum dikeluarkan lagi. Secara umumnya, sebahagian besar atau keseluruhan jumlah simpanan KWSP biasanya dikeluarkan selepas seseorang itu bersara. Biasanya umur persaraan ini adalah pada umur 50, 55, atau 60, atau tahap umur di bawah 55 tahun tetapi mendapat kebenaran daripada JPA untuk mengeluarkan keseluruhan jumlah simpanan KWSP selepas bersara pilihan.
Sehubungan itu, zakat KWSP akan dikenakan ke atas keseluruhan jumlah simpanan KWSP anda hanya setelah anda telah bersara dan layak mengeluarkan kesemua simpanan anda. Jika anda memilih untuk tidak mengeluarkan simpanan KWSP pada umur persaraan anda, anda masih perlu membayar zakat KWSP kerana jumlah simpanan anda telah jatuh di bawah kategori pemilikan penuh kerana anda bebas untuk mengeluarkannya pada bila-bila masa.
Selain itu, anda juga perlu membayar zakat ke atas pengeluaran sebahagian daripada akaun anda sejurus selepas pengeluaran, tanpa perlu menunggu tempoh haul iaitu satu tahun Hijrah. Untuk memudahkan anda, bayaran boleh dibuat melalui pautan di laman web ini.
Cara Kiraan Zakat KWSP
Bagi pengeluaran keseluruhan simpanan KWSP, jika jumlahnya melebihi kadar nisab, iaitu RM23,305 di negeri Selangor pada bulan Julai-Disember 2023, zakat yang dikenakan adalah 2.5% daripada jumlah pengeluaran. Oleh itu, jika jumlah simpanan anda sebanyak RM200,000 contohnya, zakat yang perlu dibayar adalah RM5,000.
Jika jumlah simpanan anda tidak mencukupi nisab pula, ia perlu dicampurkan sekali dengan simpanan yang lain dan perlu dibayar zakat jika jumlah kesemua simpanan anda ini melebih kadar nisab tahun tersebut.
Buat pengetahuan anda, bagi pengeluaran KWSP, zakat KWSP perlu dibayar dengan kadar segera dan tidak perlu tunggu haul selama setahun hijrah.
Begitu juga jika anda mengeluarkan simpanan KWSP daripada Akaun 2 untuk apa-apa tujuan yang dibenarkan seperti membeli rumah, membayar ansuran bulanan rumah, untuk tujuan pendidikan dan sebagainya. Untuk pengeluaran sebegini, anda perlu membayar zakat 2.5% ke atas jumlah pengeluaran dengan kadar segera. Sebagai contoh, jika anda mengeluarkan simpanan sebanyak RM10,000 di bawah skim i-Lestari suatu ketika dahulu, maka anda perlu segera membayar zakat sebanyak RM250.
Pengeluaran KWSP Yang Tidak Dikenakan Zakat
Secara umumnya, jumhur ulamak berpendapat bahawa jika simpanan KWSP dikeluarkan dengan tujuan kecemasan atau kesihatan, maka tidak dikenakan zakat ke atasnya. Malahan, jika pengeluar mengalami kesempitan kewangan walaupun selepas mengeluarkan simpanan KWSP, maka zakat KWSP tidak diwajibkan baginya.
Contohnya, jika seseorang itu mengeluarkan RM80,000 untuk menjalani operasi pembedahan, dan jumlah ini tidak mencukupi malahan mungkin perlu meminjam dari sumber lain untuk cukupkan bayaran kepada hospital, maka tidak perlu membayar zakat ke atas pengeluaran ini.
Penting untuk diingat bahawa institusi zakat yang sah adalah penerima yang sah untuk pembayaran zakat KWSP. Oleh itu, pastikan untuk merujuk kepada institusi zakat yang diiktiraf oleh pihak berkuasa dan mematuhi arahan dan panduan yang diberikan oleh mereka. Dengan melakukan pembayaran zakat KWSP secara betul, individu dapat memenuhi tanggungjawab agama mereka dan menyokong program zakat yang memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.
Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my
Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my