Soalan Lazim
Tentang Zakat

Soalan Lazim Tentang Zakat

Soalan Lazim Tentang Zakat

Soalan-Soalan Lazim Yang Sering Ditanya Pengguna Bayar Zakat Malaysia

Selamat datang ke Bayar Zakat Malaysia - laman web yang mempermudahkan urusan anda untuk menunaikan kewajipan berzakat. Berikut merupakan soalan-soalan lazim daripada maklum balas pelanggan. Jika soalan anda tidak disenaraikan di sini, anda boleh kirimkan pertanyaan anda di ruang maklum balas kami.

Soalan-soalan Lazim Berkenaan Pembayaran Zakat

Jawapan: 

Terima kasih kerana membayar zakat. Resit transaksi bank anda akan dihantar melalui email sejurus selepas anda melakukan pembayaran zakat. Sementara itu, resit rasmi daripada Lembaga Zakat Selangor pula akan dihantar melalui email dalam masa 3 hari bekerja. Anda boleh juga layari eZakat Login untuk menyemak slip pengesahan bayaran zakat tiga hari selepas pembayaran dibuat.

Jawapan:

Pungutan zakat diberikan kepada salah satu daripada 8 kategori asnaf yang telah ditetapkan dalam Islam, iaitu asnaf fakir, asnaf miskin, asnaf muallaf, asnaf amil, asnaf riqab, asnaf fisabilillah, asnaf gharimin dan asnaf ibnu sabil. Perlu dipastikan jika anak anda atau diri anda sendiri merupakan salah seorang daripada golongan asnaf ini. Anda boleh semak jika layak menerima zakat di laman Lembaga Zakat Selangor ini.

Jawapan: 

Anda boleh fahamkan cara kira zakat di artikel kami di sini – Zakat Pendapatan. Bayaran zakat juga boleh dibuat secara atas talian di laman yang sama untuk memudahkan urusan pembayaran zakat pendapatan anda.

Jawapan:

Secara asasnya, seseorang itu hanya perlu membayar zakat pendapatan jika pendapatannya mencapai jumlah nisab tahun tersebut seperti yang telah ditetapkan oleh majlis agama negeri. Contohnya, jumlah nisab bagi neger Selangor pada Julai-Disember 2023 adalah RM23,035. Ini bersamaan dengan gaji sebanyak RM1,919.58 sebulan. Namun, oleh kerana jumlah ini merupakan gaji kasar anda, anda perlu tolak dahulu had kifayah yang dibenarkan iaitu perbelanjaan ketua keluarga serta perbelanjaan untuk tanggungan seisi rumah termasuk suami isteri, anak-anak dan ibu bapa. Selepas ditolak had kifayah yang dinyatakan dan baki pendapatan tahunan anda melebihi nisab pada tahun tersebut, maka anda perlu membayar zakat pendapatan pada tahun itu sebanyak 2.5% daripada jumlah baki pendapatan anda. Jika gaji tahunan anda tidak mencapai nisab zakat tahun tersebut, maka tidak diwajibkan untuk anda membayar zakat pendapatan. Namun, anda perlu menyemak jika anda perlu membayar zakat harta seperti zakat simpanan dan zakat pelaburan. Anda juga masih boleh membuat bayaran zakat jika mahu untuk menyucikan pendapatan anda.

Jawapan:

Pada asasnya, golongan yang layak menerima zakat telah ditetapkan sebagai golongan fakir, golongan miskin, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil/musafir dan amil zakat. Golongan fakir adalah golongan yang tiada harta pendapatan yang mencukupi bagi diri sendiri, sementara golongan miskin pula adalah golongan yang mampu berusaha untuk mendapatkan pendapatan namun tidak mencukupi untuk keperluan asas bagi diri sendiri dan keluarga. Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan zakat jika memenuhi syarat salah satu golongan ini.

Jawapan:

Agihan untuk Asnaf Fisabilillah pada asasnya adalah untuk pihak yang terlibat dalam perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan atau meninggikan agama Islam. Kelas mengaji boleh ditempatkan di bawah usaha membasmi kejahilan dan meningkatkan kefahaman dan intelektual Islam serta menyediakan prasarana atau kemudahan kepada pengembangan ilmu atau kefahaman Islam. Namun, masih terdapat kriteria atau konsep agihan yang perlu dipenuhi termasuk terdapatnya usaha untuk mendapat bantuan daripada pihak kerajaan terlebih dahulu, peruntukan adalah semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf, dan sumbangan mestilah berdasarkan keperluan dan tidak berlebihan. Jika pusat pengajian tuan/puan memenuhi kriteria yang disebutkan, permohonan sumbangan boleh dibuat ke majlis agama negeri untuk dipertimbangkan.

Jawapan:

Terdapat beberapa jenis-jenis hutang yang telah digariskan sebagai layak untuk mendapat bantuan zakat di bawah kategori Asnaf Gharimin. Hutang ini biasanya bagi membiayai perbelanjaan asasi seperti berikut:-

  • Makanan
  • Perubatan
  • Pendidikan
  • Perlindungan 
  • Pakaian
  • Pengangkutan

Untuk mengetahui jika anda layak mendapatkan bantuan sebagai asnaf, sila semak dan buat permohonan di laman web Lembaga Zakat Selangor.

Jawapan:

Anda boleh meminta majikan anda atau bahagian Sumber Manusia (atau mana-mana pegawai yang menguruskan penggajian bulanan anda) untuk melakukan potongan bulanan dengan menyatakannya dalam surat rasmi. 

Sebagai alternatif, anda juga boleh membuat potongan automatik daripada akaun bank anda sendiri. Anda cuma perlu tetapkan sistem akaun bank anda untuk membuat tolakan amaun tertentu pada satu tarikh yang ditetapkan oleh anda sendiri.

Jawapan:

Anda boleh memohon secara langsung daripada di Lembaga Zakat Selangor namun tentukan dahulu kelayakan anda melalui ciri-ciri yang dinyatakan di laman Permohonan Zakat Lembaga Zakat Selangor.

Jawapan:

Perbelanjaan yang dibenarkan untuk ditolak daripada pendapatan tahunan merupakan perbelanjaan untuk keperluan asas diri dan keluarga. Pada dasarnya, perbelanjaan yang dibenarkan merangkumi perbelanjaan sebagai ketua keluarga yang digunakan untuk keperluan asas penting bagi diri dan keluarga, perbelanjaan bagi setiap dewasa dalam isi rumah, dan perbelanjaan bagi setiap remaja serta kanak-kanak dalam isi rumah. Jumlah perbelanjaan yang dibenarkan bagi setiap individu yang dinyatakan di sini berbeza-beza mengikut majlis agama setiap negeri setiap tahun, jadi anda perlu menyemak dengan majlis agama negeri anda pada tahun anda ingin membayar zakat pendapatan. 

Jawapan:

Anda boleh membuat penambahan bayaran zakat di pautan bayaran di sini. Anda tidak perlu kemaskini email dan nombor telefon anda untuk membuat bayaran zakat di laman web kami, namun jika mahu anda boleh kemaskini maklumat anda di laman web rasmi di sini. Anda boleh gunakan kesemua resit-resit rasmi daripada Lembaga Zakat Selangor yang akan anda terima di mana-mana alamat email yang anda gunakan sebagai bukti pembayaran zakat bagi tahun tersebut. 

Jawapan:

Anda akan menerima resit rasmi daripada Lembaga Zakat Selangor dalam masa 3 hari bekerja.

Jawapan:

Usah risau kerana anda tidak perlukan nama pengguna serta kata laluan untuk membuat bayaran di laman web ini. Jika anda ingin menyemak kesemua resit bayaran zakat anda kepada Lembaga Zakat Selangor, anda boleh melawat laman eZakat Login.

Jawapan:

Zakat ke atas pengeluaran KWSP perlu dikenakan zakat, namun ada pengecualian untuk pengeluaran KWSP untuk pembiayaan rumah untuk rumah pertama sahaja.

Jawapan:

Pungutan zakat akan diberi kepada salah satu daripada 8 kategori asnaf yang telah ditetapkan dalam Islam, iaitu asnaf fakir, asnaf miskin, asnaf muallaf, asnaf amil, asnaf riqab, asnaf fisabilillah, asnaf gharimin dan asnaf ibnu sabil. Namun, walaupun kita boleh memberi sendiri zakat secara terus kepada asnaf, namun kita perlu pastikan bahawa penerima zakat itu betul-betul layak menerima zakat. Contohnya, walaupun seseorang itu merupakan ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU), namun zakat perlu diberikan kepada ibu tunggal atau OKU yang tergolong dalam salah satu kumpulan asnaf yang disebutkan. Oleh itu, adalah lebih afdal jika zakat dibayar kepada pihak berkuasa yang sepatutnya atau kepada penolong amil. Selain itu, dikhuatiri resit daripada pihak yang tidak diiktiraf oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk rebat cukai pendapatan, jadi lebih baik untuk zakat dibayar kepada pemungut zakat atau penolong amik yang diiktiraf. Selain itu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa membayar zakat secara bersendirian sah di sisi Islam namun ia juga boleh jatuh dosa kerana zakat tidak dibayar kepada pemerintah (melalui pihak berkuasa yang telah dilantik secara sah). 

Kira & Tunaikan
Zakat Selangor

Online Mudah Pantas

Rebat Cukai LHDN 100%

Tunaikan Zakat
Dengan Mudah

Tunaikan Zakat Dengan Mudah

Maklum Balas Pengguna

Kelebihan Membayar Zakat

Rebat Cukai Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran Zakat Anda Akan Terus Pergi Ke Akaun Bank Lembaga Zakat Selangor, Secara Langsung Tanpa Melalui Mana-Mana Akaun Entiti Lain

Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf-Asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Zakat Pendapatan
Rebat Cukai 100%
Zakat Fitrah
Rebat Cukai 100%
Zakat KWSP
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas
Rebat Cukai 100%
Zakat Pelaburan
Rebat Cukai 100%
Zakat Ternakan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Perniagaan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat ASB
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas Perhiasan
Rebat Cukai 100%
Zakat Saham
Rebat Cukai 100%
Zakat Tanaman
Rebat Cukai 2.5%
Qadha Zakat
Rebat Cukai 100%
Zakat Simpanan
Rebat Cukai 100%
Zakat Harta
Rebat Cukai 100%
Zakat Gratuiti
Rebat Cukai 100%
Zakat Takaful
Rebat Cukai 100%
Zakat Padi
Rebat Cukai 2.5%
Potongan Zakat Berjadual (PZB)
Rebat Cukai Pendapatan
100%(PCB ke PZB)

Kelebihan
Membayar Zakat

Rebat Cukai
Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke
Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran Zakat Anda Akan Terus Pergi Ke Akaun Bank Lembaga Zakat Selangor, Secara Langsung Tanpa Melalui Mana-Mana Akaun Entiti Lain

Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf, mulalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Laporan Aktiviti & Agihan Lembaga Zakat Selangor

Contoh Resit Zakat

Tauliah Pelantikan

Bersama Kita Tingkatkan Hasil Kutipan Lembaga Zakat Selangor

Kongsi Bersama Keluarga dan Rakan. Bayar Zakat Secara Online, Mudah, & Pantas.



Maklum Balas Pengguna


Aduan & Maklum Balas

Copyright 2023 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2023 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my