Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor
SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghargai komitmen dan sumbangan 2,000 penolong amil dalam memudahkan pengeluar zakat serta menyantuni golongan asnaf dalam majlis diadakan sepanjang tahun ini.
Majlis Anugerah Ketua dan Penolong Amil Negeri Selangor 2023 itu berlangsung di sembilan daerah bermula Mei lalu di Klang dan berakhir pada September di daerah Hulu Langat.
LZS dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka terdiri daripada ketua dan penolong amil kariah, padi dan fitrah yang dilantik oleh LZS di sembilan daerah bagi membantu urusan kutipan dan agihan zakat di Selangor.
“Seramai 176 penerima telah diberi penghargaan dalam lima kategori anugerah pada majlis tersebut iaitu Anugerah Ketua Penolong Amil Kariah Terbaik, Anugerah Penolong Amil Kariah Terbaik, Anugerah Ketua Penolong Amil Fitrah Terbaik, Anugerah Penolong Amil Fitrah Terbaik, dan Anugerah Penolong Amil Padi Terbaik.
“Setiap penerima anugerah menerima wang tunai, sijil penghargaan dan plak. Mereka dipilih berdasarkan Penilaian Prestasi Tahunan 2023 yang dijalankan oleh LZS,” menurut kenyataan di laman Facebook LZS.
Untuk rekod, sehingga kini LZS mempunyai seramai 1,925 penolong amil kariah, 2,824 penolong amil fitrah dan 57 penolong amil padi di seluruh negeri Selangor.
“Mereka ini berperanan sebagai perantara dan pemudah cara LZS dengan masyarakat terutamanya yang melibatkan kariah.
Artikel Berkaitan:
Individu Persoal 12% Upah Amil, Lembaga Zakat Selangor Beri Penjelasan
Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan PNB RM3.9 juta
LZS sahkan GISBH tak pernah bayar zakat
“Penganugerahan ini diharap dapat meningkatkan kebajikan dan memberi motivasi kepada penolong amil untuk terus melaksanakan tugas di lapangan, selain membantu LZS menyantuni asnaf yang semakin bertambah setiap tahun,” tambah kenyataan itu.