Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat KWSP yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Inilah wang sebanyak RM……. sebagai menunaikan Zakat KWSP yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun………… kerana Allah Ta’ala.
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor
Ketahui bagaimana cara pengeluaran KWSP Akaun 3 dan jika ada zakat yang dikenakan ke atasnya.
Dunia semestinya semakin mencabar terutama sejak kebelakangan ini. Harga barangan semakin meningkat sementara tangga gaji masih di takuk yang sama bagi sebilangan besar rakyat Malaysia. Sementara itu, hidup harus diteruskan dan banyak keperluan menelan perbelanjaan yang besar. Disebabkan hal ini, ramai yang meminta kerajaan membenarkan pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang pernah dibuat dengan pengeluaran i-Lestari dan pengeluaran-pengeluaran KWSP yang terdahulu. Justeru, untuk membantu rakyat, telah diumumkan inisiatif pengeluaran KWSP Akaun 3 bagi mereka yang memerlukan. Akaun ini, yang juga dikenali sebagai Akaun Fleksibel, merupakan akaun tambahan kepada Akaun 1 dan Akaun 2 bagi ahli KWSP dan merupakan akaun di mana ahli boleh mengeluarkan wang darinya untuk apa-apa sahaja penggunaan peribadi.
Secara umumnya, KWSP ditubuhkan untuk menabung wang bagi persaraan rakyat yang tidak mendapat pencen selepas tamat tempoh pekerjaan pada umur persaraan – lazimnya pada umur 55 hingga 60 tahun. Namun, apa gunanya wang persaraan jika tabungan tidak dapat dikeluarkan untuk kecemasan atau keperluan hidup seperti untuk rawatan perubatan atau pembelian rumah? Oleh itu sebahagian daripada tabungan wang KWSP ini diasingkan dalam Akaun 2 di mana ahli boleh mengeluarkannya sebelum bersara untuk tujuan tertentu termasuk perubatan, pembelian rumah, pendidikan dan sebagainya.
Kini, KWSP telah menstruktur semula akaun ahli-ahlinya di mana setiap akaun dibahagikan kepada 3 kategori akaun seperti berikut:-
Berikutan penstrukturan akaun ini, kadar agihan caruman KWSP terbaharu adalah seperti berikut:
Ini bermaksud, bermula daripada 11 Mei 2024, caruman KWSP setiap bulan akan terbahagi kepada 3 pecahan ini.
Terdapat 2 langkah yang perlu dilakukan untuk mengeluarkan amaun maksimum yang dibenarkan daripada Akaun 3 KWSP ini. Pertama, anda perlu membuat pilihan pindahan amaun permulaan daripada Akaun 2 ke Akaun 2 sebelum tanggal 31 Ogos 2024. Untuk amaun permulaan ini, pengiraan amaun yang dibenarkan untuk dipindahkan akan ditentukan berdasarkan jumlah simpanan KWSP anda dan jumlah simpanan dalam Akaun 2.
Untuk membuat pilihan pindahan amaun permulaan ini, anda boleh pilih salah satu daripada cara berikut:-
Anda boleh menyemak status permohonan anda untuk pilihan pemindahan amaun ke Akaun 3 KWSP selepas 3 hingga 5 hari. Selepas amaun yang dibenarkan telah dipindahkan dari Akaun 2 ke Akaun 3, anda kini boleh ke Langkah 2 iaitu memohon untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 3 ini. Cara pengeluaran KWSP Akaun 3 ini adalah seperti berikut:-
Permohonan bagi pengeluaran KWSP Akaun 3 ke akaun bank yang telah anda daftarkan akan diproses dalam masa 7 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
Berikut syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel):-
Ahli KWSP boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan daripada 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024.
Ahli boleh membuat pilihan pemindahan wang permulaan dari Akaun 2 ke Akaun 3 melalui aplikasi KWSP di telefon pintar, melalui laman web KWSP atau melalui mesin “Self-Service Terminal” (SST) di mana-mana kaunter KWSP.
Pastikan dahulu yang anda telah mendaftarkan maklumat akaun bank anda dengan KWSP. Seterusnya, permohonan pindahan wang dari Akaun 3 ke akaun bank anda boleh dilakukan melalui aplikasi KWSP di telefon pintar, melalui laman web KWSP atau di mana-mana pejabat KWSP.
Pindahan wang dari KWSP Akaun 3 ke akaun bank anda daftarkan akan diproses dalam masa 7 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
Oleh kerana wang dalam Akaun 3 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja mengikut keperluan anda, maka ia telah menjadi pemilikan sempurna buat pemegang akaun. Oleh itu, jumlah Akaun 3 permulaan patut dizakat sebanyak 2.5%. Bagi jumlah permulaan, oleh kerana ia disalurkan daripada Akaun 2 pemegang akaun, maka zakat perlu dibayar dengan segera tanpa menunggu setahun haul. Walau bagaimanapun, bagi caruman akan datang, ahli boleh menunggu setahun haul untuk ditunaikan zakat ke atasnya.
Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my
Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my