Kira & Tunaikan Zakat Selangor

Online Mudah Pantas

Rebat Cukai LHDN 100%

Tunaikan Zakat
Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk rebat cukai LHDN

Tunaikan Zakat Anda Dengan Mudah

1

Pilih jenis zakat yang
ingin ditunaikan

2

Kira jumlah zakat yang
perlu ditunaikan

3

Isi maklumat dan
tunaikan pembayaran

4

Dapatkan resit untuk
rebat cukai LHDN

Maklum Balas Pengguna

Kelebihan
Membayar Zakat

Rebat Cukai
Individu 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai
Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke
Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus
Ke Asnaf-Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan Asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor

Contoh Resit Zakat
Yang Akan Anda Terima

Untuk Kegunaan
Rebat Cukai LHDN

Pilih Jenis Zakat

Kelebihan Membayar Zakat

Rebat Cukai Pendapatan 100%

Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rebat Cukai Perniagaan 2.5%

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terus ke Lembaga Zakat Selangor

Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain

Agihan Terus Ke Asnaf Di Selangor

Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor

Pilih Jenis Zakat

Zakat Fitrah
Rebat Cukai 100%
Zakat Pendapatan
Rebat Cukai 100%
Zakat KWSP
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas
Rebat Cukai 100%
Zakat Pelaburan
Rebat Cukai 100%
Zakat Ternakan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Perniagaan
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Kripto
Rebat Cukai 100%
Zakat ASB
Rebat Cukai 100%
Zakat Emas Perhiasan
Rebat Cukai 100%
Zakat Saham
Rebat Cukai 100%
Zakat Tanaman
Rebat Cukai 2.5%
Zakat Simpanan
Rebat Cukai 100%
Zakat Harta
Rebat Cukai 100%
Zakat Gratuiti
Rebat Cukai 100%
Zakat Takaful
Rebat Cukai 100%
Zakat Padi
Rebat Cukai 2.5%
Qadha Zakat
Rebat Cukai 100%

Contoh Resit Zakat Yang Akan Anda Terima

Tauliah Pelantikan

Bersama kita tingkatkan hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor.

Kongsi bersama keluarga dan rakan. Bayar zakat secara online dengan mudah & pantas.

Laporan Aktiviti & Agihan Lembaga Zakat Selangor

Aduan & Maklum Balas

Bila Perlu Bayar Zakat Tabung Haji

 

Sejak tahun 1963, umat Islam di Malaysia telah mula menyimpan wang simpanan mereka di dalam akaun Tabung Haji dengan tujuan untuk mengumpulkan wang yang diperlukan agar cukup untuk menunaikan ibadah haji dan umrah di Mekah. Namun adakah zakat dibayar ke atas simpanan di dalam Tabung Haji ini memandangkan ia sejenis simpanan yang kebiasaannya pasti sudah melebihi kadar nikab zakat pada sesuatu tahun dan sudah melebihi tempoh haul? Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa anda tidak perlu membayarnya, namun ada juga beberapa sebab mengapa anda perlu bayar zakat Tabung Haji.

Secara asasnya, umat Islam di seluruh dunia berpegang kepada lima rukun Islam yang sama iaitu pertamanya mengucap dua kalimah shahadah, kedua adalah menunaikan solat wajib lima waktu sehari semalam, ketiga adalah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, keempat adalah melunaskan zakat dan fitrah dan kelima adalah menjalankan ibadah haji dan umrah. Bagi rukun Islam kelima, ia biasanya disyaratkan bagi mereka yang mampu. Walau bagaimanapun, seorang Muslim itu harus mencuba sedaya upayanya untuk menunaikan rukun Islam kelima ini mengikut kemampuan masing-masing.

Mulanya Menyimpan Simpanan Di Tabung Haji

Kebiasaannya, seseorang itu akan menyimpang wang simpanan di dalam bank sehingga mencapai jumlah yang diperlukan. Namun, untuk tujuan menunaikan haji, kebanyakan umat Islam rasa kurang senang untuk menyimpan di dalam bank konvensional kerana dikhuatiri adanya unsur-unsur riba’. Justeru, untuk membantu umat Muslim di Malaysia menabung untuk mencukupkan perbelanjaan yang diperlukan untuk menunaikan haji dan umrah, tertubuhnya organisasi Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) selepas dicadangkan oleh tokoh ekonomi negara iaitu Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada Disember 1959. Pada tanggal 30 September 1963, rakyat Malaysia mula menyimpan simpanan untuk menunaikan haji di PWSBH, yang kemudiannya dikenali sebagai Tabung Haji pada 1995. Oleh itu, dengan adanya Tabung Haji, ada juga simpanan yang perlu dikenakan zakat ke atasnya, terutamanya jika jumlah simpanan telah melebihi nisab dan haul. 

Nisab Zakat Simpanan Tabung Haji

Nisab zakat bagi simpanan Tabung Haji tentu sekali sama sahaja dengan nisab zakat simpanan biasa. Pada tahun 2023 di Selangor (untuk bulan Julai hingga Disember), jumlah nisab zakat simpanan adalah sebanyak RM23,035. Ini adalah nilai minima bagi simpanan yang perlu dibayar zakat simpanan ke atasnya. Nilai ini adalah berdasarkan harga semasa bagi 85 gram emas, iaitu bersamaan 20 dinar emas.

Bandingkan nilai ini dengan jumlah simpanan dalam akaun Tabung Haji anda, serta harga bayaran haji seorang jemaah muassasah pada tahun 2023. Mengikut kenyataan dari Tabung Haji, kos untuk seorang rakyat Malaysia mengerjakan ibadah haji pada tahun 2023 adalah sebanyak RM30,850. Jumlah ini tentu sekali lebih tinggi daripada nisab zakat negeri Selangor bagi tahun 2023. Namun, jika simpanan anda belum mencapai amaun ini mahupun nilai nisab, tentu sekali anda belum perlu membayar zakat Tabung Haji. 

Malahan, oleh kerana kos mengerjakan haji mendapat subsidi daripada kerajaan Malaysia, ramai rakyat Malaysia tidak perlu menabung sebanyak amaun tersebut pun. Bagi tahun 2023 – yang boleh dijadikan kayu pengukur bagi beberapa tahun selepasnya – bayaran yang dikenakan kepada seorang jemaah haji daripada golongan ekonomi B40 (pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,850 sebulan) hanyalah sebanyak RM10,980. Sementara itu, bayaran bagi seorang jemaah haji daripada golongan ekonomi M40 (berpendapatan isi rumah dari RM4,851 ke RM10,960) adalah sebanyak RM15,980 seorang untuk mengerjakan haji. Akhir sekali, jemaah haji daripada golongan ekonomi T20 perlu membayar kos sebenar sebanyak RM30,850. 

Walau bagaimanapun, ramai antara rakyat Malaysia berkemungkinan besar mempunyai lebih daripada nilai nisab dalam simpanan Tabung Haji masing-masing. Salah satu sebabnya mungkin kerana masih belum sampai giliran untuk mengerjakan haji mengikut kuota yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia bersama kerajaan Arab Saudi. Antara sebab lain juga mungkin kerana seseorang itu menyimpan sejumlah besar daripada simpanannya di dalam Tabung Haji. Hal ini kerana Lembaga Tabung Haji akan melaburkan simpanan ahli dalam pelaburan patuh syariah dengan pulangan yang agak tinggi berbanding simpanan biasa. Oleh itu, jika jumlah simpanan anda sudah melebihi paras nisab tahun tersebut, maka dikenakan zakat simpanan Tabung Haji ke atasnya. Sama seperti harta lain, kadar zakat bagi zakat Tabung Haji adalah sebanyak 2.5%.

Cara Bayar Zakat Tabung Haji

Berita baik bagi pemilik simpanan Tabung Haji, kerana anda tidak perlu membuat sendiri sebarang bayaran zakat bagi simpanan dalam akaun anda. Sebenarnya, ini adalah kerana Lembaga Tabung Haji akan membuat bayaran zakat secara berkumpulan mewakili kesemua ahli simpanan Tabung Haji. Malahan, setiap tahun keuntungan pelaburan diagihkan kepada pendeposit Tabung Haji hanya selepas Lembaga Tabung Haji telah membayar zakat bagi pihak pendeposit. Oleh itu, simpanan anda dalam akaun Tabung Haji, termasuk kadar keuntungan yang dikongsi oleh Tabung Haji, tidak perlu lagi dibayar zakat ke atasnya. 

Bagaimanapun, jika anda mengeluarkan simpanan daripada akaun Tabung Haji anda, dan memindahkan wang ini kepada tempat simpanan lain seperti akaun bank atau kumpulan amanah saham, maka anda perlu tambahkan jumlah ini kepada harta atau simpanan lain untuk dihitung jumlah zakat yang akan dikenakan. Selepas cukup haul setahun Hijrah dan mencapai nisab zakat pada tahun tersebut, maka perlu dikenakan zakat simpanan atau zakat harta ke atas jumlah harta anda ini, termasuk wang daripada simpanan Tabung Haji tadi. Ini kerana zakat harta atau zakat simpanan dikenakan kepada jumlah keseluruhan harta atau simpanan yang anda miliki.

Bayar Zakat Simpanan Tabung Haji Online

Jika anda mengeluarkan sejumlah besar daripada akaun Tabung Haji anda, dan jumlah ini melebihi kadar nisab tahun tersebut, serta ia disimpan secara peribadi hingga cukup tempoh haul, maka perlu dibayar 2.5% kadar zakat ke atasnya. Untuk membayar zakat harta atau simpanan dengan mudah, anda boleh membuat bayaran online atau atas talian di sini. 

Setelah mendapatkan jumlah zakat yang perlu dibayar, pastikan untuk membayarnya kepada penerima zakat yang sah. Institusi zakat yang diiktiraf adalah tempat yang tepat untuk membuat pembayaran zakat yang betul dan sah. Anda juga boleh membuat bayaran secara atas talian seperti di platform bayarzakatmalaysia.my ini.

Copyright 2024 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2024 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my