fbpx

Kira dan Bayar Zakat Perniagaan Online

Membuat bayaran zakat perniagaan online atau cara atas talian amat mudah sekali, terutamanya bila kita disarankan untuk duduk di rumah dan tidak keluar tanpa tujuan penting. 

 

Sewaktu seluruh dunia dilanda wabak COVID-19 yang boleh merebak dengan laju melalui sentuhan atau titisan air di udara, adalah lebih baik jika kita duduk sahaja di rumah kecuali untuk tujuan penting. Bagi para peniaga atau usahawan, ini bermakna menukar operasi syarikat agar lebih berasaskan digital dan membuat penghantaran terus ke rumah. Di waktu yang sama, terdapat revolusi digital dalam sebahagian hidup seorang peniaga, iaitu dengan menunaikan kewajipan sebagai seorang usahawan Islam dan bayar zakat perniagaan online atau atas talian.

Bayar Zakat Perniagaan Online Dengan Mudah Dan Cepat

Jika anda melakukan apa-apa perniagaan, sama ada menjual barang, menawarkan perkhidmatan, menghasilkan bahan mentah dan sebagainya, hasil perniagaan tersebut wajib dikenakan zakat perniagaan berdasarkan beberapa syarat. Peniaga wajib membayar kadar zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada nilaian harga kesemua barang yang dijual atau perkhidmatan yang dikenakan bayaran pada tarikh cukup haul. 

Antara dalil yang mewajibkan zakat dibayar atas hasil perniagaan adalah firman Allah daripada suran Al-Baqara, ayat 267 :-

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

Bagi memudahkan urusan anda, bayar zakat perniagaan online atau secara atas talian sahaja. Ianya bukan sahaja mudah dan cepat, malah anda dapat melihat sendiri bagaimana jumlah zakat yang perlu anda bayar dihitung menggunakan kalkulator zakat. Kemudian, anda boleh terus membuat bayaran jumlah tertera dengan satu klik sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh cuba menggunakan Kalkulator Zakat Perniagaan di https://bayarzakatmalaysia.my/ untuk memahami perkiraannya.

Syarat-Syarat Wajib Zakat

Jadi apakah syarat-syarat sah diwajibkan Zakat Perniagaan kepada pemilik syarikat? Ianya sama seperti syarat-syarat kategori zakat yang lain, iaitu seperti berikut:-

  1. Islam
  2. Sempurna milik
  3. Merdeka
  4. Cukup haul (biasanya setahun)
  5. Cukup nisab (berubah-ubah mengikut harga pasaran emas

Oleh itu, jika anda seorang peniaga beragama Islam, pastikan anda membayar zakat ke atas perniagaan anda untuk membersihkan harta sambil membantu ummah, terutama sekali asnaf yang bakal menerima hasil daripada bayaran zakat anda.

Untuk melihat bagaimana zakat yang bakal dikenakan dikira berdasarkan aset semasa atau harta anda berbanding dengan tanggungan anda, klik https://bayarzakatmalaysia.my/ untuk menggunakan Kalkulator Zakat Perniagaan sebelum menunaikan kewajipan anda membayar zakat ke atas perniagaan buat tahun ini.

Khidmat Taksiran Zakat

Maahad Tahfiz
Al-Hikmah
Shah Alam


Bagaimana Boleh Kami,
Perbaiki Perkhidmatan?

Copyright 2020 © All Rights Reserved. bayarzakatmalaysia.my

Copyright 2020 © All Rights Reserved.
bayarzakatmalaysia.my

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!