Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor
Pasangan suami isteri yang tular selepas mendakwa bayi mereka ‘ditahan’ dalam peti mayat disarankan untuk tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mendapatkan bantuan di bawah kategori asnaf gharimin (golongan berhutang).
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk menjejaki pasangan tersebut dan sedang mengumpulkan maklumat daripada sumber yang menyebarkan kisah mereka.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa setakat ini, LZS belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut.
“Pasukan kami sedang cuba mendapatkan maklumat daripada pihak hospital. Jika pasangan itu tampil, ia akan mempercepatkan proses, dan kami akan membantu mengikut kategori yang layak.
“Jika pasangan itu tidak tergolong dalam kategori fakir dan miskin, kami akan membantu mereka sebagai asnaf gharimin, iaitu golongan yang menanggung hutang.
“Selain itu, kami juga akan menyemak sama ada terdapat tabung kebajikan di hospital tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2024 di sini, hari ini.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui LZS belum menerima sebarang aduan daripada pasangan suami isteri berkenaan.
Sehubungan itu, Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengesan pasangan tersebut yang dilaporkan tidak mampu membayar bil hospital.
Mengulas lanjut, Mohd. Sabirin berkata, LZS mempunyai peruntukan atau dana untuk hospital kerajaan dan beberapa hospital separa swasta setiap tahun mengikut kategori dan kelayakan.
“Jenis peruntukan yang diberikan adalah mengikut keperluan pihak hospital. Jika keperluan itu lebih, kita akan beri lebih. Namun, ia berbeza bagi setiap individu yang menerima perkhidmatan di sesebuah hospital,” tambahnya.